Sebelum pergi lebih jauh dan meleret-leret, apa hipotesis kalian tentang tajuk yang aku kemukakan di atas?
Baiklah, menjurus kepada fokus utama yang aku nak tulis, setiap penulis pastinya mempunyai hasrat, cita-cita, impian, angan-angan dan apa jua sekali pun kata-kata untuk menerangkan tentang keinginan memiliki sebuah buku atau karya sendiri. Begitu juga dengan aku, aku turut menanam impian untuk memiliki bukuku sendiri. Sebenarnya aku dah ada pun buku sendiri, #Normasia tajuknya. Tapi aku masih tak puas, aku mahukan buku solo; buku yang karya aku seorang sahaja ada di dalamnya. Jadinya aku pun tulislah satu cerita dalam bentuk novel. Lama jugalah masa yang aku ambil untuk siapkan manuskrip novel tu, dalam kurang lebih lapan bulan juga la. Novel tu aku beri nama Catatanku Sesudah Itu; aku siap design cover kot untuk novel ni. Lepas je siap manuskrip tu aku pun try lah cari penerbit; lebih kepada mencuba nasib sebenarnya.
Okay, ini sebenarnya isi penting cerita aku ni sebenarnya, yang perenggan atas tu mukadimmah je. Firstly aku hantar manuskrip tu ke Poket Press; sebuah rumah penerbitan Indie atau Alternatif. Lama juga lah aku tunggu respon dari Poket Press ni, dalam tiga ke empat hari jugalah. Nak tahu apa komen mereka tentang manuskrip aku tu?,*Alamak! Aku dah ter delete pulak emel tu*, humm... mereka kata kurang lebih macam ni lah :
Manuskrip bagus, jalan cerita menarik
dan ada potensi untuk diterbitkan.
Aku dah happy dah dengar apa yang mereka kata tu, tapi ada tapinya... nak tahu sambungan selepas tapi tu? Okay ini dia :
Tapi Poket Press tidak menerbitkan novel penuh, kami hanya menerbitkan karya yang bersifat novella; cerita yang
jumlah patah perkataannya sekitar 18000 ke 22000 sahaja.
Oleh sebab itu, mengesyorkan kepada aku untuk mencuba nasib di rumah penerbitan yang lain yang lebih cenderung menerbitkan novel penuh seperti Merpati Jingga, Lejen Press, Terfaktab dan juga Dubook. So aku google lah pasal rumah-rumah penerbitan yang mereka cadangkan ni, dan aku decide hantar manuskrip tu ke Lejen Press. Haaaa.... kat Lejen Press ni lah aku kena banyak. Nak tahu apa Lejen-lejen ni kata? Okay aku printscreen jap.
Pedas kan? Pedas tak pedas, Haha. Tapi bagi aku semua ni adalah komen yang membangun, kalau mereka tak cakap macam ni, susahlah untuk aku nak improved kan. So apa ade hal?, jadi sekarang aku tengah nak repair manuskrip ni, nak repair? macam lain je bunyinya. Ya lah, aku sekarang ni tengah sibuk dengan manuskrip baharu iaitu #Marhaenis. Nanti bila #Marhaenis dah siap aku buat lah penambah baikan untuk #SesudahItu ni. Hihi.
Jadi inilah liku-liku yang aku hadapi sepanjang menceburi bidang ni. Okay, ni aku nak pesan sikit, kalau ada yang kena macam aku, buat relax dah ler. Setakat kena tolak ape ade hal. Gagal sekali bukan bererti gagal selamanya. Jangan putus asa dan teruskan berusaha.
Sekian. Wassalam.
Yang dah baca tu, jangan baca je, kliklah butang follow kat sebelah tu. Hihi
Yang dah baca tu, jangan baca je, kliklah butang follow kat sebelah tu. Hihi
Salam. berapa lama masa diambil untuk dapat feedback dari Lejen Press? Awak hantar manuskrip penuh atau bab awal2 saja?
ReplyDeletepohon email di hanie291987@gmail.com
Mengeja pun macam gampang, ada hati nak jadi penulis. Pergi mampus lah bro. Belajar mengeja dulu apa-apa hal.
ReplyDeleteAku baru je kena tolak dengan fixi. Sakitnya disini <\3
ReplyDeleteMungkin 2 bab awal yang aku hantar tu tak menarik perhatian...
Patut ke aku give up ? Sungguh aku nak syarikat tu..
Cerita mcm mana kau tulis eh?
DeleteNasib kita sama bro. Aku pun baru lepas kena tolak dengan fixi. Aduh, pedih! Karya fixi berlungguk dekat rumah aku. Dah baca, Tapi mungkin aku punya penceritaan tak menarik macam yang sudah di publish. Aku kena 14 orang panel. Hahaha!
Deleteaku dah hantar dekat 2 publisher. tengah tunggu result. azabnya tunggu. kalau kena tolak, takut nak fikir, baik fikir idea cerita lain.
ReplyDeletebtw, good luck.
Semoga hasil kerja anda diterima. Amin! Kalau dapat publish, tell me boleh?
Deleteklu buku macam diagnosis tu kategori novella ke ye ? reply di puterafatihah@gmail.com terima kasih :)
ReplyDeleteklu buku macam diagnosis tu kategori novella ke ye ? reply di puterafatihah@gmail.com terima kasih :)
ReplyDelete