Nadi Baru untuk Langkahku

Assalamualaikum...

Macam biasa, setiap awal bulan, pelajar - pelajar IB pasti akan bertukar statusnya. Semuanya akan menjadi O.K.K. atau Orang Kaya Baru. Tinggallah segala kemiskinan, kefakiran dan segala yang sewaktu dengannya. Begitu juga dengan aku, aku turut menjadi orang kaya pada hari ini. Setelah hampir sebulan memegang status "MISKIN", akhirnya hari ini akaunku kembali terisi. Pagi - pagi lagi aku telah mendapat berita dari rakan PPISMP bahawa elaun telah masuk. Hati sangat gembira dan sudah berbisik - bisik untuk mendapatkan apa yang dihajati. Akhirnya setelah memeriksa sendiri di mesin ATM jiran sebelah iaitu di IBA, aku berpuas hati. Tanpa banyak soal aku dan roommate tercinta terus menuju ke MID VALLEY. Macam biasalah, perkara yang paling utama kami lakukan adalah menebus kelaparan yang kami tahan selama sebulan. Memang makan besarlah hari ni, maklumlah, Orang Kaya Baru lah katakan. Makan mesti grand maa!!!. Hahaha. Setelah terbalas kelaparan itu, aku pun go straight to the point. Hajatku adalah untuk membeli kasut jogging baharu. Yang pasti, aku tetap setia pada NIKE. Lokasi pertama adalah ROYAL SPORTS STUDIO. Aku pusing - pusing, tapi tiada yang berkenan di hati. Beredar pula ke SPORTSLAND di tingkat 3, ada yang berkenan di hati, tapi bajet pula tidak mengizinkan. Aku pun terus mencari lagi. Sampai di kedai sebelahnya iaitu STUDIO R, memang banyak pilihan, tapi aku tidak berkenan dengan design yang ada. Ada pun yang aku berkenan, NIKE FREE RUN 5, tapi seperti di SPORTSLAND tadi bajet tidak mencukupi. Teruskan lagi ke kedai berikutnya. Tapi sementara itu sempat lagi singgah bermain bowling. Main bowling dah macam main guli pulak dah. Tapi yang penting aku menang. Selesai bowling, akhirnya ke kedai THE SPORTS AND LEISURE STORE. Disitu banyak kasut aku berkenan. Hampir juga aku tertewas dengan design ADIDAS. Tapi tidak mudah untuk mengbah minatku, aku tetap mencari NIKE, aku pusing kedai tersebut. Akhirnya bertemu juga aku dengan apa yang aku inginkan. Aku juga running shoes NIKE. Aku pilih - pilih. Akhirnya aku decide untuk membeli NIKE DOWNSHIFTER 4. NIKE DOWNSHIFTER 4 merupakan kasut jogging yang hampir memenuhi citarasaku, ringan, mencukupi bajet, dan cantik jugalah. Aku tanpa berlengah, terus mencuba, seperti biasa semasa membeli kasut, aku akan pakaikan saiz 7.5 terlebih dahulu, tapi kali ini tidak muat pula pada kakiku. Kakiku telah memanjang agaknya, jadi try pula saiz 8, memang tepatlah, sesuai dan selasa di kakiku. Aku pun mengambil keputusan membeli kasut tersebut dan membayar. Aku berpuas hati pada hari ini. Mungkin sudah passion bagiku untuk  berasa puas setelah aku mendapatkan apa yang aku inginkan. Bertambah lagilah koleksi kasutku. Mungkin selepas ini aku perlu mempertimbangkan untuk membeli rak kasut tambahan di asrama. Hahaha. Aku harap dengan kasut baru ini akan memberikan aku lebih kejayaan dalam sukan. Terima Kasih pada NIKE DUAL FUSION ST2 yang telah banyak berjaya padaku, selepas ini bolehkah kau berehat. Hihi. Sekian ceritaku. =.=

NIKE DOWNSHIFTER 4

Nadi baru langkahku

Aku mengharap kejayaan darimu...

Bersedia untuk menjadi King of the race.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...