Kecerdasan Emosi : Video EQ

Assalamualaikum.

bertemu lagi dalam entry berkaitan kecerdasan emosi ini. Kali ini, saya dan kawan - kawan PPISMP 3A telah diminta untuk mengulas, menghurai, dan menulis berkaitan dengan satu video yang kami pilih untuk tugasan ini. Baiklah, bukan mudah untuk memilih video bagi tugasan ini, pelbagai usaha telah saya jalankan, saya cari di youtube, google, metacafe, blog - blog persenderian dan juga di tonton.my. Akhirnya setelah beberapa hari membuat tinjauan akhirnya saya menjumpai satu video untuk saya persembahkan pada tugasan ini. Video yang saya pilih adalah sebuah filem pendek yang bertajuk, SEMPAT


Baiklah, mari kita menjurus ke arah video ini. Video ini mengisahkan seorang wanita mengandung yang menggunakan pengangkutan awam iaitu LRT. Seperti kebiasaan, rakyat Malaysia memang memilik budi pekerti yang baik. Rakyat Malaysia memang prihatin. Biasanya bila kita melihat di tingkap kaca LRT, pasti ada pelekat "zone of priority". Zon ini mengutamakan golongan seperti orang mengandung, warga emas, dan orang kurang upaya. Seperti yang berlaku dalam video ini, Seorang lelaki yang sedang membaca senaskah surat khabar telah memberikan tempat duduknya kepada wanita mengandung yang lalu di situ. Inilah sifat simpati atau dalam bahasa Inggerisnya emphaty. Perasaan emphaty ini berkait rapat dengan EQ iaitu kecerdasan emosi. Insan yang mempunyai kecerdasan emosi yang tinggi pasti akan dapat merasai kesusahan yang orang lain. Cuba kita bayangkan situasi ini, jika lelaki yang duduk itu tadi tidak mempunyai perasaan simpati, pasti dia akan lebih mementingkan dirinya sendiri dan tidak memberikan tempatnya kepada wanita mengandung tadi.

Seterusnya, pada babak seterusnya iaitu di hadapan lif, kita dapat lihat orang ramai berpusu - pusu untuk menaiki lif. Seperti pada babak pertama tadi, pastinya orang yang mempunyai keutamaan dalam "Zone of Priority" akan mendapat kelebihan. Wanita mengandung tadi telah dapat menaiki lif meskipun lif telah penuh atas ihsan seorang lelaki yang sanggup keluar. Memang rakyat Malaysia memiliki Kecerdasan Emosi yang tinggi. 

Pada babak terakhir iaitu pada hari berikutnya, wanita mengandung tadi meneruskan rutinnya seperti biasa. Dia menaiki LRT untuk ke tempat kerja. Wanita tersebut berdiri di tiang bertahan di dalam LRT. Tujuannya adalah untuk meraih simpati orang - orang di dalam LRT. Wajahnya berkerut menunggu, tetapi masih juga dia berdiri. Akhirnya, satu perkara yang tak dijangka berlaku, bantal telah jatuhdi celah kaki wanita tadi. Penipuannya diketahui. Di sini kita dapat lihat, masih ada segelintir manusia yang sanggup menipu untuk mendapatkan keutamaan. Negatif sungguh. Persoalannya, mengapa masih berlaku perkara ini? Ini kerana `kecerdasan emosi masih lemah. Kerana masih gagal merasai apa yang orang lain rasa. 

Sekian. 

Oleh, Amir Asyraff Bin Jamin
Kecerdasan Emosi. 11.7.2012

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...