Assalamualaikum dan Salam Sejatera
Coretan ini saya tulis pada 27 Jun sehari selepas selesai kelas Kecerdasan Emosi. Pada minggu ini berlaku sedikit perubahan. Pensyarah yang mengajar matapelajaran ini sebelumnya iaitu Puan Safinah telah ditukarkan dengan Puan Norihah Bachok. Sudah menjadi kebiasaan, pada awal semester pasti banyak berlaku pertukaran.
Baiklah, berbalik semula pada fokus penulisan, melalui kelas minggu kedua ini, pelbagai lagi ilmu baharu yang saya dapati.
Pertamanya, kami sekelas PPISMP 3A telah menjalani sesi perkenalan kali kedua. "Mengapa kali kedua???" Sebenarnya ini bukanlah kali pertama Puan Norihah mengajar kami, kami sudah pun satu semester bersama beliau iaitu pada semester 1 yang lalu. Mungkin jodoh itu Allah sudah tentukan untuk kami bertemu lagi. Pada sesi perkenalan ini kami telah diterangkan terlebih dahulu tentang passion dalam hidup oleh Puan Norihah. Passion atau dalam bahasa ringkas kepuasan dalam hidup. Satu penerangan yang amat baik yang diberikan oleh Puan Norihah. I give you thumb up madam!!!. Menerusi penerangan yang padat dan penuh emosi itu, saya telah dapat mengenal diri saya sendiri dengan lebih mendalam. Sebelum ini tidak pernah pun saya terfikir akan apa yang boleh memberi kepuasan dalam hidup saya. Mengenal diri amat penting kerana jika kita tidak mengenal diri kita, nescaya kita tidak akan sayang pada diri kita sendiri. Sedangkan diri sendiri kita tidak sayang, masakan kita boleh menyayangi orang lain. Justeru saya bersyukur diketemukan dengan matapelajaran ini. Jadi benar pepatah Melayu mengatakan, tak kenal maka tak cinta. Jadi kenal - kenallah diri anda.
Seterusnya, satu penerangan yang lebih detail tentang Kecerdasan Emosi telah diberikan oleh Puan Norihah. Kecerdasan Emosi adalah kemampuan mental untuk memahami rasa dan perasaan. Dalam kata mudahnya, Kecerdasan Emosi adalah apa yang kita rasa, what do i feel. Apa yang kita rasa itulah emosi kita, jika kata ,arah, emosi kita akan turut marah manakala jika kita gembira, pastinya emosi kita akan turut gembira. Selain itu, kita juga akan dapat memahami rasa orang lain sekirnya kita memiliki kecerdasan emosi yang tinggi. Seperti yang biasa kita dengar, "berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.", mungkin anda biasa lihat atau terserempak dengan peminta sedekah di sekitar kota raya Kuala Lumpur ini, tidakkah ada rasa kasihan dan simpati dalam hati anda? Pasti ada kan. Sebenarnya perasaan itu adalah kecerdasan emosi. Anda dapat merasakan kesusahan yang mereka alami.
Seterusnya, Penerangan tentang fungsi hati juga telah diberi semasa kelas ini. Hati merupakan satu organ yang memainkan peranan penting dalam menentukan emosi. Hal ini kerana, hati merupakan gerbang untuk menentukan emosi dan perasaan. Di sini saya ingin berkongsi satu pepatah melayu, "Ikut hati mati, ikut rasa binasa". Pemikiran orang zaman lampau memang mengatasi pemikiran kita pada zaman sekaran. Orang zaman dahulu telah mendahului kita dalam perihal Kecerdasan Emosi ini. Mereka terlebih dahulu dapat mengklasifikasikan tentang fungsi hati terhadap perasaan dan sekali gus mengetahui apa kesannya. Insan yang profesional seharusnya dapat mengawal emosi dengan baik dan tidak mengikut rasa dan hati. Itulah pengurusan emosi yang terbaik. Dalam pada itu, satu lagi unsur yang sering mempengaruhi emosi manusia adalah nafsu. Nafsu... pasti sesuatu yang negatif kan. Tahu tak kenapa orang Islam difardhukan untuk berpuasa? jawapannya adalah untuk menundukkan nafsu. Hal ini kerana jika nafsu telah menguasai diri, pastinya kita tidak akan berfikir panjang untuk melakukan perkara yang negatif. Kesimpulannya, kita seharusnya bijak menguruskan emosi kita.
Sekian refleksi saya buat kali ini.
Oleh, Amir Asyraff Bin Jamin.
Kecerdasan Emosi 2012. 27 Jun 2012
No comments:
Post a Comment