Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Merujuk kepada catatan semasa kuliah pada 3 julai 2012, saya seakan lupa apa yang dipelajari. Catatan amat sedikit. Saya kebingungan. Bagaimana nak menulis refleksi buat minggu ketiga ini. Saya cuba scan hard disk semula jadi saya iaitu otak, saya cuba ingat apa yang berlaku semasa kelas pada 3 julai yang lepas.
Baiklah, ini yang saya ingat. Pertamanya ialah tentang kemampuang kita memahami rasa orang lain. Its all about emphaty. Emphaty atau dalam bahasa Melayunya simpati ini merupakan satu rasa yang membuatkan kita seolah - olah merasakan apa yang orang lain rasa. Saya beri satu analogi disini, suatu hari anda menaiki train LRT, pada waktu yang sama, ada seorang warga emas yang berdiri bersama anda di sana. Anda lihat lututnya menggeletar, apakah yang anda rasa saat melihat perkara tersebut? Pasti ada perasaan kasihan dan simpati. Ini merukan satu elemen dalam Kecerdasan Emosi. Orang yang mempunyai emosi yang cerdas pasti akan memiliki seperti itu. Seperti juga kata pepatah, "cubit paha kiri, paha kanan juga terasa." Jika orang merasa kesengsaraan, pastinya pun merasanya. Itulah emphaty yang sebenarnya.
Seterusnya, berkenaan dengan IQ, IQ adalah satu perlakuan yang melibatkan otak. Otak yang cerdas merupakan tiket untuk kita mendapatkan IQ yang tinggi. Kita sering lihat iklan susu bayi di kaca televisyen, pastinya modal utama yang mereka letak dalam iklan adalah untuk meningkat IQ bayi. IQ ini perlu dibina sejak kecil lagi. Makanan yang baik dan berkhasiat juga perlu untuk mendapatkan IQ yang tinggi. Dalam Al _ Quran juga Allah ada menyeru supaya kita memakan makanan yang halal lagi baik. Di situ kita dapat melihat betapa pentingnya makanan dalam penbentukan IQ. Dalam pada itu, kita tidak boleh juga meletakkan faktor makanan 100% sebagai pembangun IQ, peranan diri sendiri juga penting untuk menjana IQ yang cerdas. Dalam kerancakkan membicarakan tentang IQ ini, harus diingat, ia tidaklah menjamin untuk mencapai kesejahteraan hidup. Lihat sahaja sekarang, ramai golongan berpendidikan tinggi yang terlibat dalam perkara yang tidak bermoral dan menjejaskan maruah diri. Justeru, manusia yang berjaya seharusnya mempunyai IQ, EQ dan SQ. Perkara ini harus seimbang dalam kehidupan. Ini kerana dengan adanya ketiga - tiga elemen ini, kita akan dapat mengusai semua bidang ilmu tak kira ilmu duniawi dan ukhrawi.
Kesimpulannya, kita harus mengimbangi kegiatan kita di dunia ini disamping perlu mengetahui potensi diri dan menjadi orang yang berjaya dan bahagia dunia akhirat. Ketiga - tiga elemen ini harus berjalan seiring, dan tidak boleh satu antaranya menduhului satu sama lain. Dengan itu, barulah hidup ini akan bahagia, ceria, gembira dan berjaya. InsyaAllah. Sekain refleksi saya untuk minggu ini.
Oleh, Amir Asyraff Bin Jamin.
Kecerdasan Emosi 2012. 3 Julai 2012.
No comments:
Post a Comment