Kita selalu dengar pasukan pengakap menanyikan lagu ini, " buat apa susah, buat apa susah, susah itu tida gunanya ". Mungkin memang betul lirik lagu tersebut. Tapi hakikatnya dalam dunia ini bukan semuanya mudah, pasti ada susahnya. Jika tidak masakan wujud mutiara kata Melayu yang berbunyi, " bukan susah nak susah, bukan senang nak senang ". Memang tiada perkara yang senang dalam dunia ini. Semuanya memerlukan usaha. Tanpa usaha, semua yang anda lakukan pasti tak akan menjadi. Justeru, usaha yang bersungguh - sungguh perlu dalam melakukan sesuatu pekerjaan atau tugasan. Disamping itu, sifat tidak mudah putus asa juga perlu ada dalam diri kita. Untuk melakukan yang terbaik dan berjaya dalam sesuatu usaha, kita hendak menumpahkan seluruh jiwa raga kita dalam melakukannya, kita tidak boleh mengambil sikap endah tak endah, kita harus konsisten jika mahu berjaya.
Sebenarnya saya ingin kongsikan liku - liku kesusahan yang saya hadapi dalam memikul tugas sebagai AJK siaraya Pesta Hoki Terbuka Institut Pendidikan Guru Malaysia. Tugas utama saya adalah untuk mereka poster rasmi kejohanan. Pelbagai design telah saya kemukakan kepada pensyarah, tapi kebanyakkannya ditolak, tetapi setelah enam buah reka bentuk yang saya kemukakan, akhirnya reka bentuk keenam telah diterima oleh pensyarah.
Inilah design yang telah diterima pakai untuk kejohanan tersebut.
Seperti yang anda semua tahu, proses menyiapkan poster ini bukannya satu perkara yang mudah. Pada mulanya saya memang tidak mahir menggunakan perisian Adobe Photoshop. Namun demikian, saya menjadikan tugasan ini sebagai batu loncatan kepada saya untuk menguasai perisian ini. Mana tidaknya, bermula dari awal semester tiga ini, hinggalah sekarang, barulah poster yang saya reka diterima. Memang hari - hari saya perlu mengadap komputer dan photoshop ini. Saya juga telah belajar dari rakan - rakan senior disamping melihat tutorial - tutorial yang ada di internet. Saya guna prinsip trial an error. Ternyata langkah ini berkesan, hari demi hari kemahiran photoshop saya semakin meningkat. Tambahan lagi, kita sebagai bakal guru seharusnya mahir dalam pelbagai bidang. Kecemerlangan kita tidak boleh bersandar pada kecemerlangan akedemik semata, kita juga perlu mengusai pelbagai kemahiran, sukan dan banyak lagi. Sesungguhnya ilmu Allah itu maha luas. Belajarlah darinya, nescaya kamu beroleh manfaat darinya. InsyaAllah.
Baiklah, berikut adalah rentetan liku - liku dalam menyiapkan poster terbaik untuk kejohanan tersebut. Design pertama yang saya hasilkan adalah :
Design Poster Pertama
Design pertama ini memang agak simple. Maklumlah, ini masa mula - mula saya buat. Tak guna photoshop pun, guna photoscape. Photoscape memang mudah untuk dikendalikan tetapi hasilnya pun tidaklah sehebat menggunakan photoshop. Lihat sahaja pada poster di atas pun anda semua akan tahu perisian apa yang saya gunakan. Seterusnya poster kedua. Poster kedua juga agak simple. Cuma berlaku penambahan warna kepada poster tersebut. Agak ceria dari poster pertama tadi, tapi masih tidak berkenan di mata pensyarah.
Design Poster Kedua
Beralih kepada poster ketiga pula, pada masa ini, saya sudah sedikit mahir menggunakan photoshop. Jadi saya cuba yang terbaik berpandukan tutorial yang ada di blog. Saya cuba buat, bermacam aplikasi saya cuba, magnetic lasso, free transform, copy paste, opacity, treshold, eraser, radial blur, dan banyak lagilah. Saya cuba mengaplikasikan apa yang saya pelajari untuk menghasilkan satu poster yang menarik dan ceria. Kebetulan, pada masa ini pasukan Hoki IPG Kampus Bahasa Melayu baru selesai mengadakan siri persahabatan hoki empat penjuru peringkat IPG Zon Tengah. Banyak gambat yang menarik telah dimuatnaik oleh jurugambar - jurugambar institut sama ada yang terlatih dan tidak terlatih. Saya cuba menggunakan gambar - gambar tersebut untuk dimasukkan ke dalam poster. Agak berjaya, tetapi tidaklah secantik seperti apa yang diharapkan.
Design Poster Ketiga
Ada sedikit kemajuankan? Boleh tahanlah, tapi masih ada kelemahan. Jadi saya terus mereka design untuk penambahbaikkan. Melalui poster ini, telah muncul idea saya untuk mewujudkan latar belakang yang lebih menarik. Jika pada poster di atas latar belakangnya kuning sahaja, pada poster keempat ini, saya tonjolkan latar belakang Stadium Hoki Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) yang akan menjadi venue utama kejohanan nanti. Stadium Hoki KPM memang sinonim dengan Menara Telekom Malaysia (TM) sebagai side view nya. Jadi saya jadikan unsur tersebut sebagai daya penarik dalam poster tersebut. Nampak macam ada pautan dengan kejohanan berbanding dengan poster - poster sebelum ini. Saya telah menunjukkan poster ini pada pensyarah, agak brilliant kata Encik Santharan, tetapi dia mahukan pula gambar pemain wanita disertakan dalam poster tersebut.
Design Poster Keempat
Agak mengecewakan bagi saya, setelah saya bersengkang mata menyiapkan poster ini, tapi ditolak hanya kerana perlu ditambah gambar pemain wanita. Tidak mengapa, saya ambil itu sebagai satu medium untuk saya lebih menguasai photoshop. Saya terus mereka poster terbaik untuk memenuhi kehendak pensyarah. Satu kesulitan juga pada saya untuk memenuhi permintaan tersebut. Saya tidak mempunyai sebarang gambar pemain wanita untuk diletakkan pada poster tersebut. Hal ini menyebabkan saya terpaksa bertemu dengan rakan - rakan pemain wanita untuk mendapatkan gambar yang sesuai. Namun malangnya masih tidak mendapatkannya. Saya cuba lagi, saya cuba bertanya kepada Abang Ridha yang bertindak sebagai jurugambar profesional IPGKBM semasa persahabatan Hoki Empat Penjuru tempoh hari. Sama seperti jawapan tadi, tiada. Sudah tiada jalan lain melainkan mengambil gambar sendiri. Akhirnya, saya pun membawa kamera semasa latihan petang. Wyna Thomas rakan sekelas saya telah menjadi model saya pada hari itu. Terima kasih atas kerjasama yang diberikan. Tidak lupa juga kepada Julia yang telah setting kamera untuk mengambil gambar tersebut. Maklumlah, pengetahuan saya tentang kamera DSLR masih lagi cetek. Bantuan seperti inilah yang saya harapkan. Inilah hasilnya, poster kelima telah berjaya dihasilkan.
Design Poster Kelima
Sebaik sahaja siap poster ini, saya telah membawanya untuk ditunjukkan kepada pensyarah. Encik Santharan berpuas hati dengan hasil kerja saya. Ribuan terima kasih di ucapkan pada saya. Hati saya mulai senang, Dalam hati berkata, " lepas ni dah tak yah fikir dah pasal poster ni ". Tapi malangnya, setelah poster itu ditunjukkan kepada Ketua Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, satu lagi pengubahsuaian telah dikehendaki. Encik Shamsul mahukan poster tersebut dalam landscape orientation. Nafas lega yang saya tarik tadi kembali dihembus. Satu lagi kerja. Okay fine, saya terima. Akhirnya, inilah poster terakhir yang saya berjaya hasilkan dan telah diterima oleh Pensyarah dan Ketua Jabatan.
Design Poster Keenam / Terakhir
Syukur, akhirnya berjaya juga usaha saya. Terima kasih kepada yang membantu iaitu Wyna Thomas dan Julia Lian. Kepada Abang Ridha Rahimi, saya guna gambar abang untuk dijadikan poster. Terima kasih juga kepada Abang Syazwi dan Abang Hakim yang memberi tunjuk ajar menggunakan photoshop. Akhir sekali terima kasih kepada blog wanhazel.blogspot.com atas tutorial photoshop di blog anda yang telah saya rujuki. Terima Kasih semua.
Sekian, ceritera poster saya. ^_*
No comments:
Post a Comment