Ini Cinta

Assalamualikum.


Nak tanya, saudara saudari pembaca tahu tak apa makna cinta? apa makna sayang? Humm. Saya bukanlah tahu serba - serbi tentang cinta, tapi saya ingin kongsikan apa itu cinta sebenar. Cinta yang agung adalah cinta pada ilahi iaitu tuhan maha pencipta tak lain dan tak bukan kepada Allah s.w.t. Cinta kepada Allah merupakan cinta yang kekal abadi kerana darinya kita akan terpimpin untuk mencintai orang lain.

image credit to pakarcinta.com


Seterusnya adalah cinta kepada rasul. Saya pernah mendengar satu perkongsian semasa menunaikan solat berjemaah, perkongsiannya berbunyi begini. "Wanita cintanya adalah kepada lelaki, tetapi cinta lelaki adalah kepada lelaki." Pada mulanya, saya pun tidak mengerti perkongsian itu, dalam kepada saya, adakah orang yang megeluarkan kenyataan itu pengikut Irshad Manji. Tapi kekeliruan itu terjawab, sebenarnya apa yang tersirat di sebalik perkongsian tersebut adalah, "Wanita cintanya adalah kepada lelaki" ini memang betul, cinta seorang wanita haruslah kepada lelaki, kerana wanita memerlukan lelaki sebagai pendamping hidup. Hawa pun dicipta oleh Allah dari rusuk Adam, jadi jelaslah wanita perlu untuk mencintai lelaki. Berkenaan dengan pernyataan kedua pula, cinta lelaki adalah kepada lelaki. Alangkah terkejutnya saya mendengar jawapan kepada pernyataan itu, sebenarnya memang benar cinta lelaki adalah kepada lelaki, kerana setiap insan yang bergelar lelaki sudah pastinya akan mencintai seorang wanita. Itu biasa, tapi cinta yang luar biasanya adalah, cinta lelaki itu kepada Rasulullah. Allahurabbi, sungguh bernas perkongsian ini kerana nabi ada bersabda, berselawatlah kamu keatasku nescaya Allah akan berselawat ke atas mu. 


Cinta seterusnya adalah cinta kepada ibu bapa. Cinta kepada ibu bapa tidak perlu rasanya untuk saya huraikan panjang lebar, sandara saudari sendiri pun tahu kan macam mana sayangnya anda semua pada kedua orang tua anda.


Cinta seterusnya adalah cinta sesama insan. Cinta sesama insan sangat luas konteksnya, ia merangkumi cinta kepada kekasih, kepada sahabat handai, kepada orang sekeliling, kepada guru, kepada pensyarah, dan semua insan di muka bumi Allah ini. Cinta sesama insan ini amat penting kerana itu yang Allah anjurkan kepada kita. Allah tidak menyuruh kita bermusuhan, malah Allah meminta kita untuk memelihara hubungan baik sesama manusia. Tapi, alangkah baiknya cinta kepada manusia itu dilakukan kerana Allah. "Ana Uhibbuki Fillah". Saya cinta kamu kerana Allah. Itulah cinta yang sebaiknya. Sesungguhnya cinta kerana Allah itu akan mendapat keberkatan dariNya. Seperti dalam kata - kata ini, blessed is the man who found a woman who loves Allah more than him, and blessed is the woman who found a man who waits for her and asks for her from Allah. Subhanallah. Begitu indahnya cinta kerana Allah. Dalam pada itu, kita juga tidak boleh terlalu mengharap pada cinta. Nanti buruk padahnya. Itu yang saya alami sendiri. Pengalaman itu menjadikan saya lebih matang dalam cinta. Ingatlah kata - kata ini, cintailah sesuatu itu cintailah sesuatu itu berpada pada, kerana mungkin suatu hari kamu akan membencinya, dan bencilah sesuatu itu berpada - pada kerana satu hari nanti mungkin kamu akan mencintainya. Jika benar kamu mencintai sesuatu, serahkan pada Allah. Ingat doa ini :



image credit to jalanakhirat.wordpress.com


InsyaAllah, buatlah yang terbaik, nescaya Allah mengaturkan yang terbaik. Yo do the best, let Allah do the rest. Allah maha mengetahui yang terbaik untuk hambanya.

InsyaAllah, itulah sahaja perkongsian saya. Saya tak pandai pun tentang cinta, sekadar pengalaman diri yangsaya kongsikan. Baiklah, di sini ada satu video, cuba renungkan, fikirkan dan letakkan diri anda dalam situasi ini. Selamat menonton dan selamat memahami apa erti cinta sebenar. 



image credit to jalanakhirat.wordpress.com


Sekian dari saya. 




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...