Salam Mauludir Rasul


Assalamualaikum...

Bersyukur kita kehdrat Ilahi kerana sekali lagi mempertemukan kita dengan hari yang cukup penting dalam kalendar Islam iaitu Maulidur Rasul. Maulidur Rasul adalah satu hari kebesaran yang perlu diraikan dalam Islam supaya tidak hilang ditelan zaman. Hari ini patut dikenang kerana ia memberikan kita seribu ingatan terhadap junjungan besar kita iaitu Nabi Muhammad S.A.W. Sesungguhnya kekasih Allah itu akan menjadi pelindung kita di akhirat kelak. Dalam pada itu, kita sepatutnya menzahirkan rasa sayang dan cinta kepada baginda kerana golongan yang paling baginda sayangi adalah umatnya. Justeru saya menyeru kita berselawat ke atas Nabi bagi memperingati baginda. Kita singkap kembali sejarah kesusahan dan keperitan yang baginda lalui dalam mengembangkan syiar Islam. Dalam pada itu, kita sepatutnya menjadikan baginda sebagai idola kita kerana pemimpin yang paling berjaya dalam dunia ini adalah baginda. Tidak salah kita mencontohi baginda, bukan kita ingin menjadi baginda tetapi ingin menjadi umat yang beliau sayangi. Selain itu, kehidupan berdasarkan hadis dan sunnah juga perlu diamalkan. Perkara ini bertepatan dengan norma kehidupan seorang muslim kerana panduan hidup yang paling sahih dan betul adalah Al - Quran dan Hadis. Akhir kata dari saya, salam Maulidur Rasul.

Wassalam....

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...