Kolokium Sejarah Malaysia 2012

Assalamualaikum...

Pada 25 Februari yang lepas saya telah berpeluang untuk mengikuti kolokium sejarah yang diadakan di Panggung Eksperimen Universiti Malaya. Program yang berlangsung dari 8 pagi dan berakhir 5 petang itu memang banyak memberi manfaat kepada saya. Tambahan pula, sebagai seorang pelajar pengajian Sejarah kolokium ini adalah wadah untuk menambahkan lagi pengetahuan berkaitan sejarah Malaysia dan tidak terbatas sekadar pada buku seperti yang kita pelajari di sekolah mahupun di IPT. Antara pengisian yang saya dapat adalah saya dapat mengetahui dengan lebih mendalam mengenai pengertian Melayu serta bagaimana pembinaan negara bangsa Malaysia itu berlaku. Disamping itu, kolokium ini juga telah dapat mengubah persepsi kita terhadap kedatangan penjajah ke negara kita. Kehadiran penjajah mempunyai pro dan kontranya yang tersendiri. Sebagai contoh, kehadiran Jepun memang mendatangkan banyak keburukan pada kita, namun demikian, kehadiran Jepun ke tanah air ini telah dapat membangkitkan semangat nasionalisme serta menjadi aspirasi bahawa kuasa barat boleh dikalahkan. Dalam pada itu, saya juga telah dapat mendengar pengalaman individu yang telah berjuang dalam mencapai kemerdekaan. Antara tokoh yang berkongsi pengalaman mereka pada kolokium tersebut adalah Datuk Kanang Anak Langkau, Tun Hanif Omar, Dato J.J. Raj dan ramai lagi. Tokoh - tokoh sejarawan juga turut terlibat dalam kolokium tersebut antaranya Datin Paduka Professor Dato Ramlah Adam dan Professor Yusof Ahmad. Pengalaman dan perkongsian mereka memang memberi 1001 ilmu kepada saya. Saya berharap program seperti ini akan diteruskan saban tahun. Sekian.


























No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...