Assalamualaikum...
Angan - angan memang tak boleh dipisahkan dengan hidup manusia. Biarpun ia hanyalah monolog sepi tapi ia adalah sebagai pembakar semangat untuk terus berusaha. Tanpa angan - angan, maka tiadalah arah tujuan hidup ini dek kerana tiada apa yang hendak dicapai. Baiklah, bukan itu yang sayanak cerita tapi saya ada angan - angan baru. Dalam penitianku meniti hari - hari ini, muncul pula seorang insan yang telah menambat hatiku. "Ya Allah, adakah aku jatuh cinta lagi?" huhu... mungkin ya, tapi apakah tepukanku kali ini akan berbunyi? itu yang menjadi persoalannya. Itulah yang saya ungkapkan sebagai angan - angan perasaan. Hati kini mula mengharap pada suatu yang tak pasti. Teringat saya pada lirik lagu BerbuaBersatu nyanyian kumpulan Fprteen yang berbunyi, " bila denganmu kabur, ku tak mahu yang cerah" . Diri ini umpama telah masuk ke dalam lirik tersebut. Hati mula mendambakan kasih pada yang belum pasti lagi boleh saya miliki. Ish...memangberat angan - anganku ini. Tapi, saya berpegang pada firman Allah dalam Al - Quran, "Maan Jadda Wajjdaa" yang bermaksud "siapa yang berusaha pasti akan berjaya" . Insyaallah akan saya usahakan sehabis baik untuk mencapai anganan sepi ini. Harapanku, semoga si dia juga merasa apa yang saya rasa. Pendek kata, saya mula mengharapkan dia. Okay lah, itu saja yang nak tulis. Bye... *_^
No comments:
Post a Comment