"BEST PHOTO CONTEST" by Akin Amar

Assalamualaikum...


Contest?? hmm... kali ini Asyraff nak sertai pertandingan pula. Bila Asyraff baca entri di blog Cik Lyeen, Asyraff tertarik nak sertai pertandingan ni. Mana tahu ada rezeki Asyraff di sini. Asyraff pun banyak juga koleksi gambar - gambar yang Asyraff rakam baik dengan kamera handphone mahupun DSLR. Memang banyak, jadi Asyraff nak lah juga mencuba nasib dengan mempertaruhkan gambar Asyraff untuk pertandingan ni. Baiklah mari kita menuju ke fokus utama. "Go straight to the point"

Pertama, Asyraff nak penuhi segala kriteria yang diminta oleh Akin Amar .Baiklah Syarat pertama adalah buat entri mengenai contest ini. Dah lepas dah syarat pertama. Seterusnya, syarat kedua pula, letak contest banner pada entri tersebut. Ni dia Asyraff letakkan...

hmm... nak komen sikit pasal banner ni, *comel la juga :P

Baiklah, kembali kepada fokus utama. Syarat kedua pun sudah, syarat ketiga pula ya. Syarat ketiga ni nak Gambar untuk penyertaan contest ni. Bailklah, setelah memilih beberapa gambar dalam album Asyraff, Asyraff membuat keputusan untuk mempertaruhkan gambar ni :


Hmm... slogan bagi gambar ni pula adalah :

"Saya rasa gambar saya best kerana gambar ini diambil sebaik sahaja kami tamat melakukan persembahan HUMAN L.E.D. semasa sambutan hari kemerdekaan ke 54. Gambar ini menggambarkan kepuasan kami setelah berjaya menyempurnakan satu tugas untuk Negara am nya dan untuk Institut Pendidikan Guru Malaysia khususnya."

Kita ke syarat yang seterusnya pula. Syarat ke empat pula suruh follow blog Akin Amar . Saya dah follow dah. Seterusnya pula, nak tag tiga orang yang ada dalam gambar ni... hmm, bawah ni senarai orang yang saya tag untuk gambar ini :

Khairul Bin Jusmin @ Abang Long IB

Hmm..dah tag dah, rasanya dah lengkap dah semua kriteria yang diminta. Baiklah, inilah penyertaan Asyraff untuk Best Photo Contest by Akin Amar ni. Bye... Sekian...

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...