FAKTOR-FAKTOR PERUBAHAN
MAKNA
Makna merupakan satu unsur penting dalam
mana-mana ujaran atau tulisan. Tanpa unsur ini, maka apa sahaja yang diujarkan
atau yang dituliskan tidak akan memberi sebarang kefahaman kepada orang yang
dilawan bercakap atau orang yang membaca sesuatu yang ditulis.
Dalam suatu bahasa, perubahan makna merupakan salah satu fenomena bahasa yang selalu berlaku dalam mana-mana bahasa di dunia ini. Oleh sebab sifat dinamis dan evolusinya, dan akibat terdedah kepada pelbagai fenomena seperti perubahan disebabkan oleh;
Perubahan Kerana Perkembangan Bahasa itu Sendiri.
Dalam suatu bahasa, perubahan makna merupakan salah satu fenomena bahasa yang selalu berlaku dalam mana-mana bahasa di dunia ini. Oleh sebab sifat dinamis dan evolusinya, dan akibat terdedah kepada pelbagai fenomena seperti perubahan disebabkan oleh;
Perubahan Kerana Perkembangan Bahasa itu Sendiri.
Makna kata berubah kerana perkembangan
bahasa itu sendiri. Terdapat perkataan-perkataan yang mengalami perubahan dari
segi makna dibandingkan dengan makna asal perkataan tersebut. Misalnya
perkataan “belayar” pada suatu ketika dahulu digunakan untuk perahu yang ada
layar sahaja, tetapi kini telah berubah makna kerana kapal sekarang tidak
belayar tetapi menggunakan kuasa tenaga.
Demikian juga perkataan “ tangan”, pada
asalnya dirujuk kepada salah satu anggota badan. Tetapi, makan itu telah
berubah mencakupi makna ‘menguruskan’, ‘ mengendalikan’, dalam ayat seperti “
Kita perlu berhati-hati ketika menangani kes ini”. Ada kalanya makna negatif
berubah menjadi makna positif disebabkan penggunaan dalam bahasa. Sebagai
contoh, kita sering menemukan ayat atau ujaran Gejala penukaran kod amat
berleluasa di kalangan pengguna bahasa Melayu”. Dalam contoh ini, perkataan
‘gejala’ bukan dinyatakan sebagai suatu unsur negatif, tetapi sebagai suatu
kejadian. Perubahan seperti ini banyak berlaku dalam bahasa kerana sebab-sebab
perubahan bahasa itu sendiri.
Selain daripada itu perkataan “ hayat”
dahulunya perkataan ini dimaksudkan dengan “hidup” tetapi sekarang ia telah
mengalami perubahan. Ini dapat dilihat dari contoh ujaran berikut, “ Ia
menghayati sepenuhnya kandungan syarahan itu”. Dalam ayat ini perkataan “
menghayati” bukanlah membawa maksud “ menghidupkan” tetapi “ mengikuti dengan
sepenuhnya”. Perkataan “hantu” dalam contoh “ Kejadian itu menghantui
fikirannya”, “hantu” itu bukan lagi merupakan makhluk tetapi membawa makna “
mengganggu”.
Selain itu, disebabkan kemajuan sains dan
teknologi banyak perkataan yang telah mengalami perubahan makna. Sebagai
contoh, perkataan “taman”, di mana pada asalnya ia hanya digunakan untuk
merujuk kepada ‘ kebun bunga’, tetapi maknanya telah berubah menjadi “ kawasan
perumahan” , “ kawasan perindustrian”, dan “ kawasan alam semula jadi” seperti
Taman Negara Bako. Demikian juga dengan perkataan “ datuk”, kini bukan sahaja
digunakan untuk merujuk kepada “bapa kepada ayah seseorang” malah sebagai
gelaran kehormat oleh raja-raja bagi orang-orang tertentu kerana jasa mereka.
Demikianlah perubahan berlaku kerana
proses perkembangan bahasa itu sendiri di mana pengguna bahasa mengubah makna
bahasa itu mengikut peredaran masa dan keadaan semasa.
Perubahan Kerana tanggapan penutur
Perubahan Kerana tanggapan penutur
Selain daripada perubahan disebabkan oleh
perkembangan bahasa itu sendiri tanggapan penutur juga memainkan peranan atau
penyebab kepada perubahan maksud sesuatu perkataan itu. Umpamanya perkataan “
abang”, yang asalnya ialah panggilan kepada saudara lelaki yang lebih tua,
tetapi sekarang ianya digunakan juga untuk memanggil orang lelaki yang lebih
tua tanpa mengira saudara atau tidak. Di samping itu ada juga sesetengah orang
menggunakan perkataan “abang” sebagai panggilan untuk suaminya.
Perkataan “saudara” pula pada asalnya
dimaksudkan kepada “ saudara kandung” tetapi makna perkataan saudara telah
berubah kepada semua orang yang mempunyai “ pertalian darah atau kekeluargaan”.
Di samping itu ada juga pengguna atau penutur bahasa Melayu cenderung
menggunakan perkataan “saudara” dengan tanggapan yang lebih luas misalnya “
saudara sesame Islam”. Di sini nyata, bahawa hubungan itu bukan lagi merupakan
hubungan kerana pertalian darah tetapi juga pertalian agama. Daripada dua
contoh di atas, tanggapan penutur terhadap sesuatu perkataan juga merupakan
faktor kepada perubahan makna perkataan itu sendiri.
Perubahan Kerana Perluasan Maksud
Perluasan maksud berlaku apabila sesuatu
perkataan yang mempunyai satu makna memiliki makna-makna yang lain. Perkataan “
saudara”, misalnya pada mulanya bermaksud orang yang sama ayah dan ibu.
Kemudian maknanya diperluaskan meliputi orang yang ada hubungan kekeluargaan.
Akhir sekali perkataan ini menjadi sebagai bentuk panggilan sebagai kata ganti
nama diri orang kedua, terutamanya kepada orang laki-laki.
Selain itu, disebabkan kemajuan sains dan
teknologi banyak perkataan yang telah mengalami perubahan makna. Sebagai
contoh, perkataan “taman”, di mana pada asalnya ia hanya digunakan untuk
merujuk kepada ‘ kebun bunga’, tetapi maknanya sekarang telah diperluaskan
untuk mencakupi makna tambahan seperti “ kawasan perumahan” , “ kawasan
perindustrian”, dan “ kawasan alam semula jadi” seperti Taman Hidupan Liar.
Selain daripada dua
perkataan di atas, perkataan “semangat” juga mengalami perubahan kerana
perluasan maksud. Pada asalnya makna perkataan “ semangat” ialah “jiwa” atau
“roh”. Tetapi perkataan ini kemudiannya diperluaskan maksudnya menjadi “
perasaan” misalnya “ semangat kemerdekaan”, semangat patriotisme” dan juga
kepada “ kemahuan atau keinginan yang tinggi” seperti dalam contoh berikut,
“Dia mempunyai semangat ingin berjaya dalam hidup”.
Perubahan kerana pembatasan
atau penyempitan maksud
Makna sesuatu perkataan boleh juga di
batas kan untuk tujuan-tujuan tertentu. Sebagai contoh perkataan “ sarjana”,
pada mulanya perkataan ini digunakan untuk merujuk orang yang pandai atau
bijak, seorang cendekiawan. Pada masa kini, perkataan ini lazimnya telah
disempitkan atau di batas kan untuk merujuk kepada “ orang yang telah lulus
ijazah pertama, seperti “ Sarjana Muda Sastera dan Sarjana Muda Ekonomi” atau
selepas ijazah pertama, seperti “Sarjana Sastera dan Sarjana Ekonomi”.
Perkataan “pendeta” asalnya membawa makna
“orang yang berilmu”, seperti “Pendeta Za’ba,” seorang tokoh bahasa. Maksud
perkataan ini , mengikut Abdul Chaer (1995) telah di sempitkan untuk mencakupi
makna “ guru agama Kristian”.
Timbulnya kepentingan
membataskan maksud bagi sesuatu perkataan ini pada umumnya adalah untuk
menentukan istilah supaya penggunaannya khusus untuk bidang-bidang tertentu.
Contohnya perkataan “ sendi” yang asalnya bermaksud “ tempat ruas tulang
berhubung”. Dalam ilmu bahasa perkataan “ sendi” diajukan khusus kepada
kata-kata yang berfungsi menghubungkan di antara perkataan dengan perkataan
atau antara ayat dengan ayat.
Perubahan kerana tujuan simbolik dan stilistik
Perubahan kerana tujuan simbolik dan stilistik
Perubahan makna kerana tujuan simbolik dan
stilistik ini biasa kita lihat dalam hasil karya berbentuk sastera khususnya
dalam puisi. Contohnya perkataan “kumbang” dan “bunga” selalu dikaitkan
maknanya dengan makna yang tertentu seperti “ kumbang = lelaki “ dan “ bunga =
perempuan”, bukan lagi ditujukan kepada nama sejenis kumbang dan nama sejenis
tumbuhan. Selain daripada itu warna juga dijadikan sebagai simbolik untuk
menerangkan sesuatu maksud contohnya, “merah” dimaksudkan dengan “ keberanian”
, “hitam” dipadankan dengan “ kesedihan dan “ putih” adalah “ kesucian”.
Selain daripada itu unsur-unsur
personifikasi juga menunjukkan perubahan makna yang seperti ini. Sebagai contoh
“ daun melambai” dan “dada langit” ianya tidak membawa maksud yang daun boleh
melakukan perbuatan “melambai” sebagaimana perlakuan manusia dan langit
mempunyai dada. “ Daun melambai” dan “ dada langit” sebenarnya hanyalah kiasan
atau perumpamaan kepada “ daun yang bergerak akibat tiupan angina” dan “
keluasan dan lapangnya langit apabila dipandang dari bumi”. Contoh -contoh
seperti ini menunjukkan keindahan bahasa dan merupakan satu gaya penulisannya
dapat menggambarkan sesuatu dengan indah dan menarik ( Raminah Sabran dan Rahim
Syam, 1984: 290-4).
No comments:
Post a Comment