Assalamualaikum.
Suatu hari aku pergi bersolat terawih di luar; di Masjidlah. Masjid yang aku pergi adalah Masjid Jamek Kuala Lumpur. Sampai sahaja di depan masjid, aku tanggalkan sandal aku, kemudian aku keluarkan beg plastik dari dalam beg, kemudian aku masukkan sandal aku kedalam plastik itu dan aku simpan di dalam beg.
Tiba-tiba kawan aku menegur perbuatan aku itu, "Terlampaulah jugak jaga selipar. Kau tak yakin dan percaya dengan Allah ke? Tawakal je. Tak hilanglah selipar tu.".
Aku senyum. Aku pun menyahut, "Bukan aku tak yakin dan percaya dengan Allah."
Kawan aku pantas memintas percakapanku. "Dah tu?"
Aku senyum lagi, "Begini, aku memang yakin dan percaya dengan Allah, dan tawakal pada Allah itu memang baik, tapi tawakal bagi aku adalah usaha terakhir. Bagi aku, selagi kita masih boleh berusaha, kita berusahalah jaga harta kita. Lagipun menjaga harta adalah wajib. Benda wajib kalau buat dapat pahala.
Baiklah, itu cerita aku pada suatu malam ramadhan. Apa yang aku ingin sampaikan melalui cerita ini adalah, kita tidak boleh menyerahkan segala perkara pada Allah sebelum kita berusaha, sebagai contoh, tak lama lagi kau akan menduduki peperiksaan, dan kau tak belajar satu apa pun. Tiba-tiba kau berserah bertawakal pada Allah. Kau percayalah, kau tak akan berjaya kalau kau buat macam tu, malahan kau akan gagal.
Ingat prinsip ini, "Usaha, Doa, Tawakal". Selagi kau boleh berusaha, kau berusahalah. Aku petik sedikit kisah Nabi Muhammad S.A.W.. Biarpun baginda dihina, dicemuh, dibaling najis, dan diperlakukan dengan teruk sekali oleh kaum Musyrikin Mekah, tetapi baginda tetap menolak tawaran Jibril untuk membinasakan kaum Musyrikin itu, sebaliknya baginda tetap berusaha menjalankan dakwah sehingga Islam diterima di sana.
Jadi, "Nikmat Allah yang mana lagi kau dustakan?" Maka berusahalah kamu selagi mampu. Ingat, Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri yang mengubahnya. Samalah konsepnya dengan jodoh, meskipun jodoh kau memang sudah ditentukan dan ditulis di Luh Mahfuz, kau tetap perlu berusaha untuk cari jodoh kau, sebab jodoh tak akan datang kalau kau tak cari, jodoh tak kan datang kalau kau tak risik, dan jodoh tak akan datang kalau kau tak pinang.
Akhir kata, berusahalah selagi mampu. Usaha tangga kejayaan.
No comments:
Post a Comment