Ya,
aku tahu.
kalau sudah jaraknya beratus kilometer itu,
itu maknanya jarak itu sangatlah jauh,
jauh,
sungguh jauh,
bagaikan jauhnya selatan menuju utara.
Ya,
aku tahu,
kalau sudah jaraknya beratus kilometer itu,
itu maknanya sangat jauh,
dan;
tak akan nampak orang disana oleh orang
disini,
jadinya jelas kita saling buta dalam situasi ini,
ya,
kita buta kerana mata terlindung dek jarak
sejauh itu.
Ya.
aku tahu,
kalau sudah jaraknya beratus kilometer itu,
itu maknanya perlukan perjalanan yang panjang
untuk ke situ,
dan;
agak mustahil untukku tujui tanpa ada tunjuk
arah kesitu,
namun,
aku tidak takut untuk bermusafir pada jarak
itu,
kerana bagi aku,
lingkungan yang dekat itu,
belum pasti menjanjikan bahagia.
Ya,
jika diizinkan Tuhan,
aku akan merantau ke sana,
merentas jarak beratus kilometer itu,
maka,
tunggulah aku wahai orang disana.
Selamat datang orang sana ke sini.
ReplyDeleteyeah,,, selamat datang juga orang disana...
Delete