Alhamdulillah... syukur, dah lega sedikit setelah selesai Ujian Amali Pergerakan Asas untuk subjek Pendidikan Jasmani Semester 2 ini. Amali Pergerakan Asas Semester 2 ni, agak mudah sedikit berbanding semester 1 dahulu. Jika semester 1 kena buat Pergerakan kreatif , semester ni mudah sedikit, sekadar melakukan pergerakan asas pada 12 stesen yang disediakan. Pergerakan asas tersebut melibatkan pergerakan lokomotor, bukan lokomotor dan manipulasi alatan. Kami telah diminta untuk menjalani 12 stesen yang masing 6 stesen untuk lokomotor dan 6 stesen lagi untuk bukan lokomotor. 12 pergerakan yang pilih adalah, Skipping Dinamik, Lompat Bintang, Guling Hadapan, Bangkit Tubi, Mencongklang, Imbangan V, Roda Kereta, Tekan Tubi, Imbangan Titi, Imbangan Sebelah Kaki,Lompat Jauh Berdiri dan Skipping. Humm... selesai amali ni, senanglah hati, tinggal lagi untuk amali 2.4 pada april nanti. Azam untuk 2.4 kali ni, nak pecahkan rekod 10.3 yang saya buat pada semester lepas. Hihi, hidup ni, kenalah ada ansur maju, takkan nak kekal di takuk lama. :)
Guling Hadapan
Tekan Tubi Wanita
Melantun Bola
Imbangan Bangau
Larian Skip
Mencongklang
Guling Balak
Kilas Sisi
Imbangan Sisi
Imbangan Abdomen
Lompat Bintang
Guling Belakang
Larian Sisi
Imbangan V
Roda Kereta
Imbangan Titi
Imbangan Sebelah Kaki
Sekain :)
Sngt fun
ReplyDelete