Restoran Amjal, sebuah restoran yang amat sinonim dengan penduduk dan mahasiswa sekitar kawasan Lembah Pantai. Mana tidaknya, berkerumun Institut Pengajian Tinggi di sekitar Lembah Pantai ni, Bermula dari Universiti Malaya, seterusnya IPG Kampus Bahasa Melayu, kemudiannya IPG Kampus Bahasa Antarabangsa dan di hujung sekali Universiti Islam Antarabangsa. Berderet susunannya. Memang jadi serbuanlah restoran ini tatkala hujung minggu menjelang dek kerana kafeteria atau kantin IPT masing - masing tak beroperasi.
Begitu juga dengan kami, memang Amjal yang menjadi pilihan untuk menjamu selera. Makanan kat situ boleh tahan juga lah sedapnya. Terdapat tiga rangkaian restoran yang menyajikan hidangan di sekitar Amjal ini dan yang menjadi pilihan kami adalah restoran yang di sebelah kiri sekali. Nasi ayam kat situ sedap, harga pun berpatutan kerana menyediakan harga student package, jadi dapatlah murah sikit berbanding dengan orang biasa, al - maklumlah kita hidup bergantung dengan elaun dari Kementerian Pelajaran, mana cukup kalau nak makan mewah - mewah kan. Jadi penyelesaiannya adalah makan makanan student package la.
Restoran Amjal , Lembah Pantai , Kuala Lumpur
Haha... sekarang ni nak kongsikan pula gambar - gambar kami di Amjal. Bak kata Yuna, Setiap gambar ada cerita, jadi inilah cerita kami. :)
Lapar ke Dini? tengah tunggu pesanan sampai...
Wyna Kehausan...
Sue pula ketagih kamera... kenyang kena gambar...
Siapa yang punya ni??? licin je...
Masa ni Lee Chong Wei baru menang lawan Chen Long, jadi semua excited tengok TV
mesej boyfriend la tu...
kekenyangan sesudah makan
Panorama indah menara TM
Di hadapan IPG Kampus Bahasa Melayu, perjalan balik dari Amjal
Nak buat DP katanya... apa entah DP tu, saya pun tak tahu..
Posing lah konon....
Itulah sekian cerita kami.
No comments:
Post a Comment