Hari berganti hari, bulan berganti bulan, dan tahun berganti tahun, pelbagai peristiwa pahit manis yang kita lalui, namun sedarkah kita bahawa setiap apa yang telah berlaku adalah sejarah. Seperti yang kita faham, setiap peristiwa yang telah berlaku adalah sejarah. Setiap kita memiliki sejarah hidup kita yang tersendiri. Begitu juga dengan negara kita ini. Malaysia mempunyai sejarahnya tersendiri. Bermula dari detik Parameswara membuka kota Melaka sehinggalah ke tampuk pimpinan Dato' Seri Najib Tun Razak ini. Semuanya adalah sejarah, banyak peristiwa pahit manis yang telah kita tempuhi bersama. Namun fokus utama interpretasi ini bukanlah mengenai sejarah negara mahupun sejarah hidup saya. Hari ini saya ingin berkongsi sedikit mengenai Pengertian Sumber Sejarah. Saya ingin memetik kata - kata tokoh sejarawan ulung iaitu George Santayana dalam karyanya The Life Of Reason. Volume 1 :1905 yang mengatakan bahawa, "Those who cannot remember the pass are condemned to repeat it". Sesiapa yang melupai sejarah pasti akan mengulanginya, jadi adalah menjadi kepentingan kita untuk mempelajarinya. Baiklah, marilah kita menjurus ke arah fokus utama penulisan ini.
Menurut
Muhd. Yusuf Ibrahim, apa yang dimaksudkan dengan sumber adalah, sesuatu yang
mungkin atau boleh mendatangkan idea mahupun lahiran pemikiran kepada penulisan
dan juga teori pemikiran. Dalam erti kata yang
lebih mudahnya, sumber merupakan suatu bahan rujukan untuk menghasilkan
penulisan atau sebelum mengemukan teori.
Istilah sumber sejarah
juga sering didefinisikan sebagai “punca”, “dokumen”, atau “rekod”. Menurut kamus Enggeris Oxford, sumber
diertikan sebagai, sebuah karya yang menyediakan maklumat atau bukti yang
berkenaan sesuatu fakta, kejadian, atau perkara. Menurut Kamus Dewan
pula sumber sejarah merupakan keterangan atau bukti yang bertulis mahupun
bercetak iaitu seperti surat yang boleh dijadikan keterangan atau bukti
misalnya surat beranak,surat nikah dan surat perjanjian. Sumber sejarah dapat
dibahagi kepada tiga bentuk, iaitu Sumber Lisan (Oral), Sumber Tertulis
(Dokumen) dan Sumber Benda (Artifak).
Sumber merupakan kumpulan
bahan yang tersimpan di tempat simpanan yang khusus seperti arkib, muzium,
perpustakaan, pejabat rekod, istana, galeri mahupun rumah individu
perseorangan yang ada menyimpan
bahan-bahan sejarah seperti artifak lama dan dokumen – dokumen lama.
Dalam pada itu, sumber
juga boleh diertikan sebagai bahan
rujukan dan panduan bagi kegunaan bidang penyelidikan ilmiah. Bagi sejarawan,
mereka memerlukan suatu sumber yang berkaitan dan saling berhubung kait dengan
bidang mereka. Dalam bidang sejarah, sumber terbahagi kepada dua, yakni sumber
primer dan sumber sekunder. Antara jenis sumber ini adalah sumber lisan yang
diperolehi dari temubual terhadap individu yang terlibat dalam sesuatu
perisitwa sejarah. Seterusnya adalah artifak serta tinggalan zaman silam.
Inilah sedikit sebanyak pengertian sumber sejarah yang saya dapat kongsikan kepada anda. Semoga ia memberi pengetahuan dan membantu anda mengenali sejarah. Saya budak baru belajar, kalau salah tolong tunjukkan, ilmu saya tidaklah setinggi mana, ini hanyalah sebahagian kecil ilmu sejarah yang ada dalam dunia ini. Sekian sahaja perkongsian dari saya. Terima kasih = ="
Bibliografi :
Muhd. Yusof Ibrahim (2000). Ilmu
Sejarah Falsafah,Pengertian dan Kaedah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.
No comments:
Post a Comment