Terhangat di Pasaran

Assalamualaikum...

Terhangat Di Pasaran... rasanya sesuailah kot tajuk ni untuk entri ni...hehe :)
hmm, hari ini... pagi - pagi lagi saya telah mendapat satu panggilan, nombor home line , bukan nombor telefon mudah alih, huh... berbelah bagi pula nak angkat, sebab tak tahu pun siapa yang call , tapi tiba - tiba rasa nak angkat pula, jadi saya pun tekan button hijau kat telefon saya. Nak tahu apa yang berlaku? Okey , lets see...(betul ke bahasa Inggeris aku ni?maklumlah, dah biasa tulis BM )

Hmm...panggilan tu sebenarnya adalah dari kolej PTPL kampus Sarawak, mereka nak tawarkan saya pengajian di sana. Mak ai!!! haha...dah tu pula, dalam bidang kejururawatan pula tu...dalam hati saya berkata, "aku nak jadi nurse ke???alamak..sorry to say la...mati pesakit aku kerjakan nanti" haha... saya pun menjawab dan memohon maaflah kepada mereka kerana terpaksa menolak tawaran tu. (terpaksa ke? haha...memang nak tolak pun, agakla...dah baik - baik masuk maktab nak jadi nurse pula ke?) Jadi sesuailah saya namakan entri ini sebagai Terhangat Di Pasaran kerana telah setahun saya menduduki Sijil Pelajaran Malaysia, namun masih ada lagi pusat pengajian yang ingin menawarkan saya tempat. ( perasan la ko ni Asyraff !!! )

"Alang - alang menyeluk perkasam , biarlah sampai ke pangkal lengan " alang - alang dah cerita tentang tawaran pengajian ni, adalah baiknya saya berkongsi kepada anda mengenai tawaran yang pernah saya terima.

Pertama sekali, tawaran yang mula - mula sekali saya terima adalah tawaran ke Program Asasi dalam bidang Pendidikan awal kanak - kanak (open market) di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) . Tawaran ini saya dapat semasa saya masih di tingkatan lima lagi di Sekolah Menengah Vokasional Matang . Tapi saya tolak tawaran  tersebut kerana, SPM pun saya belum lagi masa tu, tambahan pula, setelah mendapat nasihat daripada kaunselor sekolah yang mengatakan kepada kursus open market tidak menjamin pekerjaan di masa hadapan. Ia bergantung kepada kekosongan. Jadi saya tak ambil kisahlah tentang tawaran ini. Saya teruskan juga belajar untuk SPM.

Itu cerita tawaran yang saya dapat sebelum SPM, sekarang nak cerita tentang tawaran selepas SPM pula. Memang berlambaklah tawaran yang saya dapat, tak kira dari IPTA atau IPTS . Saban  hari ada saja surat yang dialamatkan kepada saya sampai ke rumah. Memang payahlah saya nak memilih. Akhirnya saya pilih Institut Pendidikan Guru , maklumlah...cita - cita saya memang nak jadi cikgu.

Okey , berbalik pada cerita tawaran selepas SPM tadi, kalau tak silap kiraan saya, ada dalam berbelas tawaran yang saya dapat. Emm...ok lah, pertamanya, saya dapat tawaran di Universiti Tun Abdul Razak (UNITAR) dalam bidang kejuruteraan. Dulu masa kat sekolah, saya ambil jurusan Automotif yang menjurus kepada bidang kejuruteraan mekanikal. Mungkin sebab tu lah saya ditawarkan kursus tersebut. Seterusnya, dapat tawaran untuk menjalani kursus penerbangan untuk jadi Juru terbang di Transair academy . Tapi tolaklah, yuran tinggi sangat, 18 ribu tu . Ishh, susahlah nak cerita satu - satu. Baiklah, saya cerita ikut bidang lah.  firstly bidang Kejuruteraan. Dalam bidang ni saya dapat tawaran. Tawaran yang saya dapat adalah di Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin, Dungun Terengganu, seterusnya UiTM Kampus Samarahan, Universiti Malaysia Pahang, Kolej Islam Sains dan Teknologi (KIST) terengganu, Kuala Lumpur Metropolitan University (KLMU) , Universiti Teknologi Malaysia,Kolej Komuniti. Seterusnya pula dalam bidang perniagaan, saya ada dua tawaran. Tapi dari IPTS lah, pertamanya di Institut Teknologi Lanjutan Sarawak (ICATS) dan kolej PolytechMara. Memang saya tolak teruslah kalau bidang perniagaan. Memang tak minat langsung. Bidang yang terakhir saya dapat tawaran adalah bidang Kejururawatan. Hahaha...memang saya ketawa bila memikirkan bagaimana boleh dapat tawaran jadi nurse ni...tawaran dalam nursing ni saya dapat dari Masterskill , Segi College, Kolej PTPL (PTPL ni dah tiga kali  offer saya), Kolej Laila Taib, Ita College.

Memang banyaklah tawaran yang saya dapat. Tapi semuanya saya tolak dan surat - suratnya semua ke tong sampah. Cuma satulah tawaran yang saya hampir terima iaitu tawaran dalam bidang Kejuruteraan Mekanikal di UiTM. Tapi nasib baiklah saya dapat tawaran Institu Pendidikan Guru. Jadi saya terima tawaran IPG dan sedang meniti pengajian di IPG Kampus Bahasa Melayu dalam program Ijazah Sarjana Muda Perguruan pengkhususan Bahasa Melayu.

Setakat inilah sahaja rasanya yang saya nak kongsi hari ni. Hehe... tajuk entri bukan main gah lagi, tapi itu sekadar tajuk. Tak hangat pun di pasaran, perasan hangat ada lah.Haha.. Ok lah... Sekian...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...