Apa Itu Torrent

Assalamualaikum...



Torrent File...pasti anda pernah mendengat ataupun terpandang perkataan ini kan? Perkataan Torrent File ini biasanya muncul apabila anda menjalankan aktiviti memuat turun fail seperti mp3 dan video. Baiklah, kita menjurus kepada definisi Torrent File ini, Torrent adalah sebuah protokol untuk pemindahan fail. Perkara yang memerlukan anda untuk memuat turun fail ini adalah jika anda menggunakan aplikasi Bit Torrent Client pada komputer anda. Dengan adanya Bit Torrent ini, kita boleh berkongsi dan memuat turun segala bentuk fail yang kita kehendaki tak apa pun format fail tersebut. Dalam erti kata mudahnya, Torrent adalah sebuah perisian yang membolehkan kita menghantar dan menerima fail dengan cepat dan pantas berdasar perkongsian bersama. Pada masa sekarang terdapat banyak laman web perkongsian bersama telah wujud. Antara laman - laman ini adalah seperti www.4shared.com dan www.mediafire.com . Di laman ini kita boleh memuat naik fail untuk dikongsikan bersama serta boleh memuat turun fail yang dikongsikan oleh orang lain. Inilah prisip Torrent File yang sebenarnya. Secara analoginya, Saya ada satu buku yang muka suratnya 100 muka surat. 10 orang rakan pula ingin menyalinnya secara serentak dalam satu masa. Jadi, saya akan bahagikan 100 muka surat tersebut kepada 10 bahagian dan dibahagikan kepada 10 orang tadi dan mereka akan menyalinnya. Setelah mereka selesai menyalin bahagian masing - masing, mereka akan bergilir menyalin bahagian yang belum mereka salin sehingga selesai 100 muka surat tersebut. Jadi saya boleh tinggalkan buku tersebut sehingga mereka menyalin 100 muka surat lengkap. Samalah seperti fail yang dikongsikan di internet, fail itu akan akan dibahagikan kepada pieces dan akan dihantar kepada setiap leecher yang berlainan. Tracker akan menyimpan track siapa yang ada pieces tersebut dan siapa yang belum mendapat pieces akan menunggu sehingga pieces itu lengkap menjadi satu fail.

Seterusnya, saya ingin kongsikan sekali istilah - istilah yang terdapat dalam Torrent ni.

1. Seeder - pengguna (user) , orang yang mempunyai fail lengkap dalam komputernya. Mungkin seorang uploader tetapi tidak semestinya seorang uploader.


2. Uploader - individu yang memuat naik fail ke laman perkongsian. Kebiasaanya uploader ini akan menjadi seeder utama.

3. Leecher - individu yang tidak memiliki fail lengkap / individu yang memuat turun fail dari seeder.


4. Tracker - Engine / script yang menyimpan track mereka yang memiliki seed , leech dan pieces yang ada.

Anda boleh memuat turun Bit Torrent ini untuk menggunakan kelebihan yang ditawarkan oleh protokol yang disediakan oleh Bit Torrent di http://www.utorrent.com .





Sekian perkongsian dari saya. Semoga ia membantu.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...