Perancanganku 2012

Assalamualaikum...

Sekarang kita telah berada dalam penghujung tahun 2011 iaitu bulan disember. Mungkin ramai yang telah membuat persiapan untuk menghadapi tahun baru yang mendatang. Saya juga turut serta menyediakan persiapan untuk menghadapi tahun hadapan terutama sekali dalam pengajian saya, perbelanjaan saya, aktiviti saya, serta apa yang saya ingin capai pada tahun hadapan.

Oleh itu, saya telah mengambil langkah untuk menyediakan perancangan tahunan saya. Perancangan ini boleh juga dianggap sebagai azam tahun baru saya buat tahun 2012. Perancangan ini amat penting kerana untuk mendapatkan sesuatu yang baik perancanan adalah amat penting. Di sini saya ingin memetik satu mutiara kata dari seorang tokoh Barat iaitu,"seseorang itu tidak merancang untuk gagal,tetapi dia gagal untuk merancang" . Oleh itu, saya berpandangan perancangan ini amat penting bagi diri saya kerana ia mempengaruhi apa yang akan saya lakukan kelak. Dengan adanya perancangan ini, sedikit sebanyak dapat mengawal diri saya dari melakukan perkara yang diluar perancangan. Seperti juga dalam permainan bola sepak, perancangan stratergi amat penting untuk mendapatkan kemenangan, begitu jugalah dengan perancangan tahunan ini kerana ia akan menjamin yang terbaik. Dalam pada itu, perancangan ini juga boleh membantu kita dalam meningkatkan disiplin. Setelah kita menyediakan perancangan masing - masing, pasti kita akan mengikutinya, hal ini akan membantu kita untuk menjadi individu yang lebih berdisipslin. Jika perancangan ini diingkari maka jelaslah seseorang itu tidak berdisiplin. Namun demikian, jika kita gagal untuk mencapai apa yang kita rancangkan setelah berusaha, apa boleh buat lah...mungkin ada kelekaan atau kelalaian kita, ingatlah, "kita hanya merancang,tuhan yang menentukan". Maka berusahalah dengan sebaiknya.

Disini saya ingin berkongsi sedikit sebanyak perancangan ataupun azam saya untuk 2012 :

1) Menjalani kuliah dengan sebaiknya
2) Melibatkan diri dengan aktiviti atau pertandingan yang dianjurkan oleh IPG
3) Mewakili pasukan Hoki Institut Bahasa dan meningkatkan kemahiran
4) Menyiapkan tugasan ( assignment ) awal, tak nak buat last minit macam 2011
5) Berbelanja hanya RM 50 seminggu untuk makan
6) Mengumpul duit
7) Membeli DSLR ( jika tercapai )
8) Membeli kasut Nike Lunarlon
9) Mempelajari lebih banyak ilmu teknologi komputer
10) Ujian amali 2.4 dibawah 10 minit
11) Menghasilkan lebih banyak karya untuk Kelab Penulisan Kreatif Institut Bahasa
12) Meningkatkan kemahiran Photoshop
13) Menambah baik bacaan Al-Quran
14) Lebih kerap pergi ke Surau
15) Melancong ke sekurang - kurangnya 2 negeri di Malaysia (kecuali Kuala Lumpur, Sarawak dan Selangor : sebab dah pergi )

Itulah 15 perancangan saya untuk tahun 2012, mungkin akan bertambah lagi pada tahun hadapan... tapi saya akan berusaha untuk memenuhi kesemua 15 perancangan tersebut.

Sekian perancangan saya untuk tahun hadapan. Semoga semuanya tercapai. :D

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...