“Orang yang melupai sejarah, pasti akan mengulanginya - George Santayana”.
Aku yakin, setiap rakyat Malaysia yang segenerasi dengan aku iaitu, rakyat
Malaysia yang mengikuti Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) dalam
laluan akedemiknya pasti acap kali terbaca kata-kata yang kononnya kata-kata
hikmat Sejarawan Barat ini dari buku teks matapelajaran Sejarah sekolah
menengah.
Ya, ramai yang bersetuju dengan falsafah ini, tidak kira guru-guru,
murid-murid, mahupun aku pada ketika itu. Itu dulu, tapi tidak bagi aku pada
masa ini. Aku kini tidak sama sekali bersetuju dengan falsafah ini. Ingin aku
buktikan mengapa aku menolak falsafah ini?
Baiklah. Aku yakin, benar-benar yakin, seluruh rakyat
Malaysia pastinya tahu tentang kehebatan pasukan Bola Sepak Malaysia suatu
ketika dahulu. Pernah membenam pasukan Arsenal dalam Pesta Bola Merdeka, pernah
memenangi pingat gangsa Sukan Asia, dan pernah layak ke pusingan akhir Sukan
Olimpik sudah cukup membuktikan kehebatan pasukan bola sepak Malaysia pada
ketika itu.
Tidak cukup dengan itu, kehebatan pasukan bola sepak
Malaysia turut dihadiri oleh beberapa orang pemain lagenda seperti Mokhtar
Dahari, Santokh Singh, Soh Chin Aun dan beberapa lagi pemain lagenda lain yang
mana telah menjadikan Malaysia pasukan yang disegani di dunia. Juga dengan
kehadiran Hassan Sani dan James Wong yang telah melayakkan Malaysia ke pusingan
akhir Sukan Olimpik Moscow 1980 namun Malaysia tidak beraksi kerana kerajaan
Malaysia memboikot Sukan Olimpik tersebut bagi membantah tindakan Soviet Union
menceroboh Afghanistan.
Perkaitan yang aku ingin ketengahkan antara kata-kata
George Santayana dengan Sejarah Kegemilangan Bola Sepak Malaysia ini adalah,
kita tetap tidak melupakan sehingga kini tentang kehebatan pasukan bola sepak negara,
tetapi mengapa hingga kini Malaysia masih lagi tidak dapat mengulangi kehebatan
tersebut? Lihat, betapa falsafah yang dikemukan oleh George Santayana itu tidak
tepat sama sekali dengan realiti hidup masa kini.
Seperti juga aku, dahulu pada zaman sekolah aku punya
seorang teman wanita (baca:awek), namun setelah beberapa bulan berhubungan,
kami putus. Aku seperti tidak dapat melupakan teman wanitaku itu. Pendek kata,
setiap masa dan ketika ingatanku tetap padanya, tapi apa yang aku dapat dengan
hanya mengingatinya? Tak dapat apa-apa bro! Jadi sekarang kau masih nak kata George
Santayana tu betul? Apa dengan mengingati teman wanitaku itu aku dapat
mengulangi saat-saat indah bersamanya? Jawapannya tidak! Jadi, kau masih mahu
terima lagi falsafah barat itu?
Kepala bana kau! Ada pulak kau nak gendingkan cerita awek kau dengan nilai sejarah yang di maksudkan oleh George Santayana itu? Apa hebatnya awek kau tu? Sebenarnya kau tak faham sejarah, jenis bodoh melantun2 kau ni...
ReplyDelete