Wahai manusia, please do not stereotype!

Assalamualaikum dan selamat sejahtera sekalian penduduk bumi.

Ya, hari ini hari pertama dalam tahun kuda jika mengikut perkiraan kalendar Cina, juga hari pertama dalam bulan februari jika mengikut kalendar Masihi. Jadi, di kesempatan ini aku ingin mengucapkan selamat tahun baharu cina kepada seluruh manusia di Malaysia yang memegang kad pengenalan bertulis bangsa cina. Gong Xi Fa Cai. Semoga kalian beroleh kebahagian dan kejayaan seperti mana pengertian tahun kuda itu sendiri. Selamat ya semua!

Baiklah, kembali fokus kepada tajuk utama, (chewahhh, dah macam surat khabar pulak bila sebut tajuk utama ni...), Wahai manusia, please do not stereotype. Okay, apa makna stereotaip ni sebenarnya? tahu tak?. Baiklah, meh sini aku terangkan. Stereotaip ialah suatu tanggapan atau pemikiran yang ditetapkan terhadap sesetengah jenis orang atau benda tetapi tidak benar dan sangat bercanggah dengan realitinya. Kita juga boleh memahami stereotaip ini sebagai penilaian negatif atau positif terhadap sesuatu perkara atau sekumpulan orang.

Faham tak? Okay kalau tak faham lagi aku bagi contoh. (contoh yang aku bagi ni adalah apa yang aku alami sendiri...)

Okay, one day aku jalan-jalan di Pertama Complex, biasalah orang-orang sukan macam aku ni memang Pertama Complex tu tak lari la dengan landasan kehidupan aku, situ kan port barang-barang sukan yang boleh dikatakan luas juga la. Lepas penat jalan-jalan, aku dan seorang member aku ni duduk la dekat food court yang menghadap Sogo tu sambil makan roti canai. Sedang kami sibuk berbual tentang kasut, aku nampaklah seorang Mat Rockers ni datang menyeberang jalan dari arah Sogo menuju ke Pertama Complex, aku tengok Mat Rockers penuh dengan gelang-gelang di tangan, rantai-rantai berloket tengkorak di tengkuk, seluar skinny fit yang koyak-koyak, baju tak berlengan, rambutnya panjang, boot dia lagi... memang membangkitkan zaman kegemilangan rock 80 90an la. Lantas hati aku berbicara, "Masya-Allah, rare gila Mat Rockers ni. Tapi ni mesti tak solat ni...", dan macam-macamlah lagi tanggapan negatif aku lontarkan kepada dia, ya, scene band Malaikat Maut dalam filem Rock dan Rock OO juga terbayang di kepalaku. Ya, saat itu aku steroetaip terhadap Mat Rockers itu.

Seusai menjamah juadah roti canai sebagai hidangan minum petang, aku dan member aku pun jalan-jalan lagi ke dalam Pertama Complex, cari eqiupment untuk hoki pula. Jalan punya jalan sampai masuk waktu asar. Okay, di sinilah fasa peleraian dalam cerita aku ni, aku dan member aku pun menuju ke surau pertama di tingkat atas. Alangkah terkejutnya aku, Mat Rockers tadi lebih awal tiba di surau dari aku. Ya, saat ini hati aku benar-benar terdetik, Ya Allah, aku berdosa kepada Mat Rockers itu. Tanggapanku tadi semuanya tidak benar belaka. Astaghfirullahala'zim.

Masuk sahaja di dalam surau, aku lihat Mat Rockers itu menaggalkan semua aksesorinya, segala imej gelang-gelang, rantai-rantai, seluar skinny, baju tak ada lengan semuanya bertukar dan diganti dengan Baju Melayu, kain pelikat serta kopiah putih. Sekali lagi hati aku terdetik, ya, aku tidak layak untuk menghukum, kerana hak menghukum itu hak ekslusif Allah. 

Ya, ini peristiwa ini membuatkan aku benar-benar sedar, "Don't judge a bookby it's cover". Macam pepatah Melayu juga, "Air yang tenang jangan disangka tiada buaya.". Jadi, konklusinya jangan mudah menghukum, kalau kau tengok orang tu tak solat macam kau, jangan kau kata dia tu ahli neraka dan kau ahli syurga. Jangan, jangan sama sekali, kerana kau solat pun belum tentu kau kenal tuhan kau! Kau mana tahu orang tak solat tu lebih kenal tuhan kau dari kau sendiri mengenal tuhan kau. Hei, sebelum zaman nabi Muhammad S.A.W. mana ada ibadah solat untuk mentauhidkan Allah, tapi mereka ada caranya tersendiri untuk mentauhidkan Allah. Eh, kau faham erti mentauhidkan tak? Okay, mentauhidkan Allah adalah mengakui bahawa Allah itu tuhan yang esa. Jadi jangan stereotaip pada orang yang tak solat, kerana Allah lebih mengetahui sejauh mana hambanya mentauhidkannya. Bukti dah jelas, dalam hadis rasulullah pun ada diceritakan yang ada seorang wanita pelacur dimasukkan ke syurga hanya kerana memberi minum kepada anjing. Baik, pesanan aku kepada diri aku dan kalian semua, jagalah ibadah diri sendiri, kenalilah Allah sedalam-dalamnya sehingga engkau mampu melihat Allah dalam solat kau. 

Ingat, kita bukan tuhan yang layak menghukum. 

Takbir! Allahuakhbar...

Sekian, wassalam. Sama-sama kita beringat and please do not stereotype.   


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...