It's okay Sayotters.

Assalamualaikum...

Hoho... tengok tajuk macam power pulak aku ni nak tulis dalam English. Tapi tu sekadar tajuk je la, sebab takat tu je ilmu bahasa penjajah yang aku ada, nak tulis semua kang takut grammar hancur, lagipun vocabulary aku pun lemah jugak. So kita berbahasa Melayu je la.

Baiklah, abaikan perkara tersebut. Itu merupakan contoh bahasa Melayu yang hancur aku tuturkan. Mari kita fokus pada tajuk.

Ya, kepada Penyokong-penyokong Ngap Sayot di Stadium Selayang malam tadi, terima kasih semuanya, kalian memang steady, biarpun kalah tetap bersemangat ber-chanting. Woha! "Encang Sampe Champion"

Mengenai kekalahan tersebut aku tidak mahulah memberi komentar berlebihan, kerana aku tahu Robert Albert pasti mengetahui puncanya. Jadi aku serahkan kepada dia.

Cumanya tujuan utama aku menulis entri ini adalah untuk menayangkan gambar aku bersama Joseph Kalang Tie dan Junior Eldstal. Woha! , bukan senang nak ada gambar bersama mereka ni. Riak tak aku? terpulanglah nak kata aku riak ke apa, yang penting aku puas.




Apa? macam masuk bakul angkat sendiri? Hei... come on-lah, masuk bakul angkat sendiri pada aku sangat praktikal pada zaman ini, kerana kalau kau sendiri tak angkat bakul kau, ada ke orang nak tolong angkatkan? Kecualilah kalau kau ada pengampu serupa penguasa yang berkuasa.

Okay. Abaikan lagi perkara itu, kerana hanya aku yang faham falsafah aku.

Sekian.

p/s : Penyokong Sarawak jangan patah semangat, liga masih panjang. Kita encang sampa champion lepas tok.
 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...