Puisi : Coklat



Aku tahu kau menyukainya,
Aku tahu kau menggemarinya,
dan; Aku tahu kau menggilainya.

Justeru,
Seringku ku titipkan keping-kepingnya kepadamu,
dan; bersama itu aku harapkan,
Seperti mana coklat itu cair di mulutmu,
seperti itulah aku mahu hatimu cair untukku...

Puisi : Bintang


Saat ku merenung ke langit,

Kulihat banyak sinar berkerdip,

Susunannya membentuk pelbagai posisi juga formasi,

Seakan juga bintang itu mahu membentuk susunan aksara yang terteranya namaku dan namamu,

dan; Itu membuatku tersenyum sendiri...



Aku mendongak lagi memandang langit,

Tapi kali ini pandanganku beralih ke sisi yang lain,

Iaitu ke sisi yang mana taburan bintang melimpah banyak,

dan; Ini memberi induksi kepada mindaku untuk berbicara sepi mengingatimu...



dan



Andai saja bicara itu bisa ku zahir menjadi suara,

Akan ku hela nafas untukku lafaz sebaris kata  kepadamu,

Sebanyak mana bintang di langit itu, sebanyak itulah aku merinduimu...”.

Persoalan Bahasa yang masih belum terjawab di fikiranku.

Assalamualaikum. Okay sebenarnya benda ni dah lama buat aku confuse, dan dah ramai juga orang yang aku tanya, tapi still tak jumpa jawapan jugak. Persoalan aku sebenarnya macam ni.

Okay, kita mulakan cerita ikut macam lirik lagu Malaysia Berjaya la eh; Dari Perlis sampailah ke Sabah...

Kalau orang Perlis; Perlisian,

Kalau orang Kedah; Kedahan,

Kalau orang Perak; Perakian, ye eh Perakian?

Kalau orang Selangor; Selangorian. Even ada la member aku orang Kedah cakap Selangok. Maaf ye orang Selangor. Ni bukan aku yang cakap. Hangpa tau sendiri kan lagu mana orang Kedah dok pronoun huruf R.

Kalau Johor; Johorian.

Kalau Pahang; Pahangian. Kot la kot.

Kalau Kelantan; Kelantenese.

Kalau Sarawak; Sarawakian.

Kalau Sabah; Sabahan.

So, persoalan aku sekarang, dan sampai sekarang masih tak terjawab, untuk negeri-negeri seperti;

Penang apa panggilan dia, penangian ke Penangite?

Negeri Sembilan apa pula? Negorite ke Negeri Sembilanian?

how about Melaka, is it Melakaian?

Dan paling susahnya, Terengganu. Macam mana eh nak sebut Terengganu dalam konteks yang aku maksudkan di atas.

So, kepada pakar-pakar bahasa, Lecturer-lecturer, Cikgu-cikgu BI, student-student TESL, boleh tak tolong jawab persoalan aku ni.  
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...