Aku
berjalan bersendirian di tepian pantai. Aku tidak tahu kemana harusku tuju.
Dugaan datang menguji bagaikan ombak yang memecah pantai. Aku akui, aku masih
belum dapat menjadi ombak yang mampu merubah pantai di hati Nina.
Aku
menoleh ke belakang, ku lihat jejak langkahku, bekas tapak kakiku membekas di
sepanjang pantai. Hatiku membisikan supaya aku berpatah balik ke belakang. Aku
mendongak kepalaku, aku memandang ke arah tempat dimana aku memulakan langkahku
tadi. “Ohh... jauhnya,” suara hatiku. Aku memandang pula ke arah laut. Mataku
silau, biasan cahaya matahari pada air menyuluh cerah ke arahku lalu aku pun
berpaling darinya. Aku pun berjalan menuju di tempat yang sedikit redup. Di
situ aku duduk sebentar, kepanasan membuatku terasa letih.
Beberapa
ketika berehat, aku pun bangun. Aku mengilas badanku, aku pun terus berjalan di
persisir pantai. Suasana pantai memang begitu indah, airnya yang biru dihiasi
batu batan dan pulau-pulau, mentari pula tetap setia memancarkan sinarnya
sambil berlatarbelakangkan langit yang cerah membiru. Aku senang dengan suasana
itu, hati dan fikiran menjadi semakin tenang. “Subhanallah, indahnya ciptaan
tuhan.” itulah yang bermain di fikiranku.
Aku
berjalan dan terus berjalan hinggalah sampai di penghujung pantai. Saat aku
tiba disitu, hari sudah pun mulai senja, sunset
mulai bertapak menghiasi laut. Aku terpesona seketika melihat suasana itu.
Aku pun duduk disitu. Aku perhatikan alam sekeliling, cukup indah dan cukup
sempurna ciptaan tuhan. Aku berfikir lagi, “bagaimana Allah mampu mencipta
lautan seluas itu?” Aku semakin yakin dengan kekuasaan Allah. Allah mampu
menciptakan perkara yang mustahil manusia lakukan, maka Allah lah tempat yang
layak untukku bergantung harap.
Aku
menarik nafas panjang, aku rasa begitu teruja dengan alam pada hari ini. Mataku
tidak berganjak memerhatikan laut. Ombak yang datang tidak berhenti, ombak
adalah teman yang paling setia bercanda ria bersama pantai, ombak tidak sesaat
pun meninggalkan pantai. Itulah lambang kesetiaan yang utuh.
Saat aku
sendirian disitu, aku mula terbayang akan Nina. Aku mulai berfikir, adakah
mungkin Nina akan menungguku dan akankah dia menanti diriku, adakah dia akan
menungguku seperti aku menanti dirinya. Aku memukul pipiku, “heiii.. come on Ashman, come on!” Aku pun merenung ke arah laut yang terbentang luas. Aku
cuba membandingkan lautan dengan daratan. “Laut dengan darat mana lebih indah
ey?” soalku di dalam hati. Aku mula berfikir, aku pun bermonolog sendiri,
“lautan memang indah dan permai berbanding daratan, lautan juga lebih menenangkan
suasananya, tapi adakah kita fikir mengapa Allah tidak tempatkan kita untuk
tinggal di laut, mengapa Allah tempatkan kita di daratan yang sentiasa sibuk
dengan aktiviti manusia yang kadangkala menggugat kedamaian dan keharmonian,
semuanya pasti ada hikmahnya kerana Allah telah menentukan yang terbaik untuk
hambanya. Sesungguhnya Allah tahu tidak semua manusia mampu tinggal di lautan
yang luas tanpa bertepi, kerana itulah Allah jadikan lautan dan Allah jadikan
juga daratan.” Satu lagi persoalanku telah terjawab.
Aku
berfikir lagi, untuk apa Allah jadikan lautan dan daratan pada masa yang sama,
pastinya Allah mahu kita memilih, Allah mahu kita memilih mengikut kemampuan
kita.
Aku pun
tunduk, air mataku menitis. Hatiku tiba-tiba sebak. Kesedihan dan rasa terkilan
mula menguasai diriku. Aku sedih bila aku teringat akan kisahku bersama Nina.
Seharusnya aku sedar bahawa Nina tidak memilihku. Aku juga harus mengerti
bahawa bukan aku yang Nina pilih untuk mewarnai hidupnya. AKu juga harus
menerima ketentuan ini. Mungkin telah tertulis tiada jodohku bersama Nina. Aku
terima seadanya. Tapi aku sedikit terkilan, dalam hati aku berkata, “mengapa
kau beri,diriku rasa ini hingga aku tak mampu menahan rasa yang terlanjur
dalam, terlalu ku harapkan kau, dan ternyata ku tak sanggup untuk mengerti.”
Aku tidak faham, mengapa Nina memberi harapan kepadaku. Aku hairan, mengapa kau
padamkan cahaya yang telah kau sinari sendiri padaku. Mengapa kau buat aku
sakit begini. Aku pun mengangkat kepalaku, aku mengusap air mataku. Cukuplah
aku menangis setakat ini.
Aku
bertanya pada diriku. Apa yang harus aku lakukan bila kau tak menerimaku,
kerana aku hanya seorang manusia yang tak kau anggap, aku telah cuba untuk
memahamimu, tapi kau tak peduli. Apalah dayaku sebagai seorang kekasih yang tak
dianggap. “Sudahlah!” suaruku didalam hati.
Hari mula
beransur gelap. Aku pun berdiri lalu berjalan balik ke tempat aku mula berjalan
tadi. Aku berjalan mengikut jejak semasa aku pergi tadi. Aku mamandang ke
bawah, ki lihat pada bekas tapak kakiku, “fuhh.. banyaknya, jauh juga aku
berjalan” keluhku di dalam hati. Aku terus memerhatikan jejak tapak kakiku, aku
berkata di dalam hati, semakin jauh aku berjalan, semakin banyaklah jejaknya,
dan itu menjadi sejarah perjalananku. Aku pun mengimbau semula kenanganku
bersama Nina, memang banyak kenangan yang tak dapat aku lupakan bersamanya,
tapi semuanya telah tiada. Aku berhenti memikirkan perkara itu, kerana semakin
kufikir semakin ku sakit. Lalu aku pun terus berjalan.
********************************************
Aku
mengemas bilikku. Aku keluarkan semua barang-barangku. Ku lihat bilikku begitu
semak, banyak barang-barang yang tidak berfaedah aku simpan. Aku pun menarik storage box yang ada di bawah katilku,
aku keluarkan semua nota-nota lama dan barang-barang dari dalamnya. Aku
membelek-belek kertas yang ada di dalam kotak itu. Aku pilih yang mana berguna
sahaja.
Dalam
aku memeriksa kertas-kertas tersebut, aku terjumpa satu kertas. Rupanya seperti
lirik lagu. Aku terus membacanya. Rupanya itu adalah puisi yang pernah aku
karangi dahulu untuk Nina. Puisi itu begitu menyentuh hatiku. Tiba-tiba aku
berasa kecewa. Dahulu aku menulis puisi tersebut untuk Nina, tetapi aku tidak
sempat untuk memberikan kepadanya. Puisi yang ku beri nama cahaya ini merupakan
puisi yang ku tulis untuk mengekspresikan pengharapanku kepada Nina. Saat itu
aku umpamakan Nina sebagai cahaya dalam hidupku, aku mengharapkan kehadiran
Nina untuk menyuluh jalan gelap dalam hidupku.
Aku
terus menyimpan kertas itu di dalam failku dan terus menyambung kerjaku.
selesai mengemas nota di dalam storage
box itu, aku buka pula kotak yang seterusnya. Aku membuka dan melihat
kandungan di dalam kotak tersebut. Aku menggelengkan kepalaku melihat isinya,
di dalam kotak itu penuh dengan barang-barang seperti cenderamata, tag-tag acara dan program yang pernah
aku sertai dan juga barang yang mempunyai nilai sentimental bagiku. Aku
tersenyum melihat semuanya. Aku belek semua tag
yang ada di dalam kotak itu, dalam hati aku berkata, “banyak juga program
yang dah aku sertai ye..”. Aku pun meletakkan semula tag-tag tersebut ke dalam kotak.
Aku terus menyelongkar kotak itu, banyak bungkusan
plastik di dalamnya. Aku pun buka satu persatu. Tiba-tiba aku terbuka satu
plastik yang berisi pembungkus Roti Boy dan pembungkus coklat lut sinar di
dalamnya. Aku terus tersenyum. Aku terlihat satu tulisan pada pembungkus coklat
itu, aku membacanya, “Makan tau =)” itu tulisan yang tertera di situ. Hatiku
mulai terusik membacanya, itu adalah tulisan Nina. Aku menggelengkan kepalaku
sambil tersengih sendirian, rupanya aku masih simpan lagi apa yang Nina pernah
bagi kepadaku termasuklah pembungkus itu. Mungkin bagi orang lain itu adalah
sampah, tapi bagi aku, itu adalah suatu benda yang berharga dalam hidupku.
Pembungkus Roti Boy itu adalah pemberian pertama Nina kepadaku, jadi tak
mungkin aku melupakannya. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan tempat bermain.
Semua itu adalah sebuah catatan sejarah bagiku.
Aku pun
menyimpan semula pembungkus tersebut ke dalam plastiknya tadi. Aku masukkan
kembali ke dalam kotak. Aku berjanji pada diriku untuk menyimpannya sampai
bila-bila. Aku tak ingin sejarahku bersama Nina terpadam meskipun aku dan Nina
sudah tidak sehaluan. Aku pun menyambung semula kerja mengemasku.
********************************************
Malam
semakin pekat, bulan juga turut beradu. Waktu kian menghampiri satu per tiga
malam. Aku baru sahaja selesai melaksanakan solat witir pada malam itu. Aku
mencapai botol air mineral yang terdapat di atas mejaku. Aku pun meneguk air di
dalamnya. Seterusnya aku pun bersiap untuk tidur.
Aku pun
berbaring di atas katilku, mataku seakan tidak mahu lelap. Tambahan pula, lampu
kalimatang yang ada di bilikku masih lagi cerah bercahaya, Awi masih lagi sibuk
menyiapkan kerjanya.
Malam
itu aku berasa sangat bosan. Malamku sunyi dan sepi. Aku mencapai telefonku,
seperti biasa, sebelum tidur aku akan set
alarm sebagai peringatan untukku bangun pada esok pagi. Dalam pada itu, aku
pun membuka telefon bimbitku, entah mengapa tiba-tiba aku rasa rindu kepada
keluargaku. Aku pun membuka gallery di
telefonku. Aku buka gambar keluargaku yang ku simpan. Saat aku menatap gambar
itu rinduku seperti terubat. Aku terus explore
telefon bimbitku. Tiba-tiba aku tergerak untuk memuka inbox telefonku. Inbox
telefonku dipenuhi dengan mesej-mesej dari Nina. Aku masih belum padam
semuanya. Dari mesej pertama pada 31 januari 2012 hinggalah ke saat ini. Aku
pun membaca semuanya, aku ketawa sendirian. Tiba-tiba Awi menegurku, “kau ni
kenapa? ketawa seorang diri tengah-tengah malam buta ni.” Aku menoleh ke
arahnya lalu menjawab, “biasalah der, tengah mengimbau sejarah ni” Awi pun
ketawa, “Hahaha... sudah-sudahlah tu, takpayahlakau nak ingat sejarah tu.”. Aku
cuma tersenyum. Aku kembali menumpukan perhatian pada telefonku. Aku tekan button arrow ke bawah. “Ishh.. banyak
juga mesej Nina ni,” bisikku di dalam hati.
Setelah
membaca kembali semua mesej-mesej di dalam
inbox ku itu, aku mulai berfikir, “Untuk apa aku simpan sebegini banyak
mesej ni?, buat berat handset aku je.
Bukan boleh bawa kembali ke masa itu pun. Nak delete ke tak ni?”. Hatiku mulai berteka-teki, aku terperangkap di
dalam dilema, sekarang aku berada di atas pagar. Diluah mati emak, ditelan mati
bapa, aku ingin memadamkan semua sejarahku bersama Nina, tapi terasa berat pula
hati ini untuk berbuat demikian. Aku pun berfikir sejenak.
“Fuhh..
ada 16312 mesej ni.. nak padam sayang, nak simpan macam tak berguna pula...”
fikirku lagi. Tiba-tiba telefon Awi berdering. Awi mendapat panggilan dari
ketua kelasnya. Ketua kelasnya meminta Awi untuk menghantar maklumat peribadinya melalui sms. Kebetulan Awi kehabisan kredit pada
malam itu lalu Awi pun meminjam telefonku. Aku tanpa berfikir panjang
memberikan telefonku kepadanya. “Isshhh.. handphone
kau ni kenapa stuck, lambat betul
nak loading..” keluh Awi padaku. “Banyak
mesej aku tak padam. Sayang nak padam.” jawabku kepadanya. Aku bersuara lagi,
“Isshhh kau ni, buat apalah simpan mesej banyak-banyak ni,?”, aku mencelah
lagi, “Alaaa.. mesej Nina tu, mesej yang best-best
sayang nak padam.”. “Ye la tu, tension
aku guna handphone kau ni.” balas
Awi lagi. Aku pun terdiam. Dalam kepalaku mula berfikir, ada betulnya juga
kata-kata Awi itu. Aku nekad, aku telah membuat keputusan untuk memadam semua
mesej itu.
Sebaik
sahaja Awi menghulurkan telefonku semula kepadaku aku pun buka inbox ku semula. Aku baca mesej-mesej
itu buat kali terakhir. Mungkin berat bagiku, tapi aku terpaksa. Aku tak ingin
sakit lagi. Cukuplah, sudah tiba masanya aku berhenti berhalusinasi. “Delete All 16312 message. Are you sure?” aku
dengan berat hati menekan button OK
pada telefonku. Aku pun melihat progress nya.
Sebaik sahaja selesai, aku terus menarik nafas panjang. Aku belajar sesuatu
melaluinya, kadangkala kita perlu untuk melupakan sesuatu meskipun sangat sukar
bagi kita.
Aku
melepaskan telefonku dari peganganku,aku menutup mukaku dengan kedua-dua tapak
tanganku. Rasa sebak mula merasuki diriku. Air mata seperti mahu mengalir, tapi
kali ini aku harus tabah, aku perlu kuat untuk menempuh dugaan ini.
Aku
bersyukur kerana aku dapat menahan air mataku buat kali ini. Hatiku berbisik,
“Mengapa merenung pada lautan sedangkan daratan masih luas untuk diterokai.”
Kini aku sedar, dunia ini masih luas untukku terokai, mungkin telah ditakdir
aku bukan untuk Nina. Aku harus menerima
semua ini dengan hati yang terbuka, aku yakin dan pasti, Allah itu maha
mengetahui. Aku juga sedar, kadangkala Allah tidak memberikan apa yang kita
mahu, tapi Allah memberikan apa yang kita perlu.
Sekarang
aku serahkan semuanya kepada Allah, kalau ada rezeki, Insyaallah kami akan
bersatu suatu hari nanti. Kini aku hanya mampu berdoa agar kebahagiaan itu
sentiasa mengiringi kami, akan tak akan pernah lupa untuk mendoakannya setiap
hari dalam hidupku.