“Woi... cepatlah pilih lagu tu, masa
jalan kot. Kau ingat Redbox ni bapak kau punya?”. Arah Farid kepada aku yang
masih terkial-terkial menekan skrin sesentuh set karaoke untuk memilih lagu
untuk dinyanyikan.
“Alaaaa...
relaxlah bro, baru pukul 2.40, ada
dua jam lagi kot.”, balas aku selamba.
“Banyaklah
kau, kalau kau seorang bayar tak pe la. Collect
buat cara collect la bro.”
“Yela...
yela...”.
Aku kemudiannya bingkas
mencalit-calit jari telunjukku di skrin sesentuh sistem karaoke itu untuk
mencari lagu yang hendak dinyanyikan, Farid pula kembali menggesek-gesekkan
jejarinya di permukaan skrin telefon pintarnya. Entah apa yang dia lekakan, aku
pun tak tahu. “Facebook Twitter le tu...”, bisikku di dalam hati.
Beberapa ketika mencari lagu,
akhirnya aku tertarik pada satu lagu yang dipopularkan oleh sebuah kugiran rock terkenal Malaysia dan aku lantas
bersuara memberitahu Farid.
“Haaa... aku nak nyanyi lagu ni
lah?”, ujarku sambil menunjukkan lagu tersebut kepada Farid.
“Humm... Silaturahim?, macam mana
lagu tu? aku tak pernah dengar la. Ke lagu Islamik? kalau lagu Islamik bukan
tempatnya di sini bro...”, balas Farid setelah melihat tajuk lagu itu di kaca
televisyen pusat karaoke berjenama Redbox itu.
“Eh tak la. Bukan la, ni lagu rock la. Aku pun tak meroyan la nak
nyanyi lagu nasyid kat tempat macam ni.”
“Hummm... tapi, tajuk dia macam
bunyi-bunyi lagu yang ada unsur suara dari langit je.”
“Suara dari langit?, maksud kau?”
“Lagu berunsurkan dakwah...”
“Alaaa kau ni Farid, rock masuk untuk semua benda kot.
Ideologi dia boleh masuk, doktrin dia boleh masuk, contoh A.C.A.B, dalam rock pun dia orang boleh masukkan unsur
menentang pemerintah, ni kalau setakat nak masuk unsur suruhan tuhan yang sikit
ni apa ada hal.”
Farid mengangkat keningnya dan hanya
mengeluar sedikit verbal yang kalau dieja berbunyi “Hummm...”
“Kenapa?”
“Tak de apa la.”
“Haaaa... kalau macam tu, baik kau
dengar aku nyanyi ni...”. Aku terus mencapai mikrofon dan memulakan nyanyian.
*****
Silaturahim - Bumi Putera Rockers
Aku sendirian di sini
Terbujur berdiri
Di tengah kota
Ramai manusia di sisi
Sombong dan tidak
Bertegur sapa
Bagaimana harus aku buktikan
Silaturrahim suruhan tuhan
Sampai bila
Begini...
Jika kita hidup di perbatasan
Peluru tidak kenal kasihan
Sampai bila
Begini...
Terbujur berdiri
Di tengah kota
Ramai manusia di sisi
Sombong dan tidak
Bertegur sapa
Bagaimana harus aku buktikan
Silaturrahim suruhan tuhan
Sampai bila
Begini...
Jika kita hidup di perbatasan
Peluru tidak kenal kasihan
Sampai bila
Begini...
*****
“Hummm... not bad, penuh makna lagu ni. Aku suka.”, bicara Farid teruja
setelah aku selesai menyanyi.
“Memanglah bro, tengok tajuk pun dah
nampak bermakna bro.”
“Kan... tapi lagu ni rare kot. Bagi aku la.”
“Apasal pulak?”
“Ye la... biasanya jarang band-band rockers macam ni buat lagu
berunsur begini. Selalunya kumpulan nasyid je yang selalu bawa lagu macam ni.”.
“Eh, ade la, Wali Band, Ungu...”
“Wali Band ngan Ungu lain bro, tu band Indon. Lagi pun Wali Band ngan Ungu
tu tak rock mana pun. BPR; Bumi
Putera Rockers ni baru gila kental rockers.”
“Ohhh... okay, aku setuju dengan kau.”
“Setuju je? mana cukup bro. Dua tiga
empat tuju la bro. Baru gempak.”, balas Farid sambil ketawa.
Aku turut ketawa. “Ye la, ye la,
kalau ada seribu tuju, seribu tuju aku bagi.”
Aku dan Farid kemudiannya terus
menyanyi untuk menghabis masa dua jam yang telah kami bayar kepada syarikat
berjanama Redbox ini.
*****
Selesai
berkaraoke, aku dan Farid berjalan kaki menuju ke Stesen LRT Masjid Jamek. Suasana
di Masjid Jamek pada hujung minggu memang sangat sesak, manusia berkerumun
bagaikan semut berebut gula, aliran perjalanan tidak putus-putus ibarat air
sungai Klang yang tak putus-putus mengalir di bawah stesen LRT itu.
Aku
memandang ke arah Farid, kelihatan mimik muka dan bahasa badannya
mengekspresikan rasa tidak selesa, resah, gelisah, rimas, semuanya aku nampak
begitu jelas di wajahnya. Aku membuka mulut memulakan bicara, “Kau kenapa bro?
ketat je muka kau aku tengok.”
Farid
terus menoleh ke arahku, “Aku rimas la, ramai sangat orang.”
“Alaaaa...
no wonder la, this is Masjid Jamek okay...”
“Ye...
i know, tapi aku tak selesa la. Dah
la panas.”
“Eleh,
ye la. Kau mana biasa kat tempat-tempat macam ni. Anak orang kaya la katakan,
mana main beli barang kat tempat macam ni, paling-paling pun Pavi; Pavilion,
KLCC, Mid Valley.”
“Cis.
Mana ada. Aku just rimas dengan orang yang terlalu ramai.”
“Eleh,
jangan nak tipu la bro, kalau rimas dengan orang ramai, aku rasa Pavi apa semua
tu pun sama je ramai macam ni.”
“Kau
ni... betul la, sini panas. Sana tu sejuk, ada air-cond.”
“Haaaa...
kan, aku dah cakap dah, kau tak biasa shopping
tempat-tempat macam ni.”
“Errrrrr...”
, balas Farid mudah.
Aku
mencebik bibirku ke arahnya, dan berkata,
“Jangan la ambil hati bro.”
“Eh,
tak la. Aku okay je ni.”
“Betul
ni?”
“Betul
laaaa...”
“Tengok
tu, dari nada kau tu pun dah nampak kau tak okay.”
“Aku
okay la.”
“Hummm...
aku nak cakap sikit boleh?”
“Apa
dia?”
“Terus
terang la. Aku nak nasihatkan kau ni, tapi kau jangan marah apa aku nak cakap
ni.”
“Haaa..
apa dia?”, jawab Farid sambil mengangguk tanda setuju tidak akan marah.
“Kau
perlu bersyukur tau, sebab masih diberi peluang berada di tempat yang macam
ni.”
“Eh,
aku bersyukur apa.”
“Ye
tahu, tapi dari reaksi kau tadi, nampak kau ni tak biasa lagi dengan kehidupan
yang sebenar.”
“Aik,
apa pulak?”
“Ye
la. Kau kena rasa kehidupan tu, baru kau faham apa erti kehidupan yang sebenar.
Kau kena lalui apa yang majoriti orang rasa, it’s like keluarlah dari zon selesa, kau kena keluar bro.”
“Hummm...”,
reaksinya sugul.
“Begini
Farid, kita ni hidup bermasyarakat, berkomuniti, jadinya kau kena la boleh
masuk dengan semua perkara, semua benda dan semua situasi. Tak de nye kau akan stay selamanya dalam zon selesa yang kau
ada sekarang. Let say la, lepas kau
habis belajar nanti, kau tak kan dah duduk ngan mak ayah kau, dan kau tak tahu
di mana kau akan bekerja.”
“Kau
ni kadang-kadang macam Puan Aisyah kaunselor tu jugak eh.”
“Ye
la Farid, kita kena la berfikir di luar kotak, dalam exam pun kita ada HOTS; High
Order Thinking Skills. Tak kan dalam kehidupan kita tak boleh nak
aplikasikan.”
Farid
menggaru kepala. “Ye, i know...”
“Lagi
satu, aku nak related sikit dengan
lagu Silaturahim yang aku nyanyi kat Redbox tadi, kau janganlah jadi macam apa
yang ada dalam lirik rangkap kedua lagu tu, sombong, tak bertegur sapa....”
“Aku
tak sombong okay, aku kawan je dengan
semua orang.”
“Ye,
itu aku tahu. Aku just nasihat je.”
“Ye
la Nazmi, terima kasih sebab sudi jadi kaunselor peribadi aku. Opppssss...
silap, kaunselor peribadi percuma aku.”
“Eh,
siapa cakap percuma? Kau kena belanja aku lepas ni.”
“Aik,
apa pulak nak kena belanja.”
Aku
ketawa kecil, “Aku gurau je la.”
Kami
pun meneruskan perjalanan kami menuju ke Stesen LRT Masjid Jamek untuk balik ke
kampus.
*****
Aku
dan Farid menuruni tangga bergerak yang Mat Saleh beri nama escalator menuju ke platform tempat menunggu tren. Sambil itu mataku memandang ke arah
panel LED; Light Emiting Diod yang
tergantung di siling stesen. Tertera di situ mengatakan bahawa tren berikutnya
akan tiba dalam masa lima minit.
Aku
bersuara memberi cadangan. “Farid, kita duduk dulu la. Lama lagi la tren nak
sampai.”
Farid
tidak memberi respon, konsentrasinya tertumpu pada telefon pintar berjenama
Samsung nya. Aku lantas menepuk bahunya sambil berkata, “Oiiiii...”
Farid
terpinga sambil mengangkat bahunya, “Hah? apa dia?”
“Ni
lah orang zaman sekarang. Just because of
phone, lupa semua benda.”
“Elehh...
relax la bro. Kecik punya hal maaaa...”
Aku
menghela nafas agak panjang sambil menggeleng kepala. “Mana tak kaya Mark
Zuckerberg dan Jack Dorsey tu kalau kau asyik dua puluh empat jam online.”
“Eleh,
macam kau tak main FB; Facebook ngan Twitter...”, balasnya seraya mencebik.
“Ye,
memang aku ada FB, aku ada Twitter, tapi tak la macam kau, addicted!.”
“Suka
hati aku la.”
“Ye
Farid, memang suka hati kau, tapi berpada-padalah, jangan sampai Android
membutakan mata.”
“Maksudnya?”
Tren
pun tiba, perbualan kami yang rancak terus terhenti. Masing-masing sibuk untuk
masuk ke dalam tren. Setelah semua penumpang yang keluar keluar, aku dan Farid
terus melangkah ke dalam tren. Mujur juga pada hari itu tidak ramai manusia
bermusafir di dalam tren dan kami dapat duduk pada hari itu.
Aku
duduk di kerusi, sambil-sambil itu aku memerhatikan kalau-kalau ada golongan
berkeperluan di dalam tren. Setelah meninjau ke segenap ruang gerabak Transit
Aliran Ringan itu, aku dapati tiada dan aku terus duduk. Farid pula duduk di
kerusi yang berhadapan dengan kerusiku.
Sambil
duduk, aku memerhatikan sekeliling tren Transit Aliran Ringan itu, semuanya ku
lihat sibuk mentelaah telefon pintar, tidak kira telefon yang bersistem operasi
Android, Windows Phone mahupun Apple. Situasi ini memberi stimulus untuk akalku
berfikir dan seterusnya kuzahirkan pemikiranku itu dalam bentuk monolog bisu.
“Huhhh... Android membutakan mata.”
Tren
tiba di Stesen LRT Abdullah Hukum. Kelihatan seorang lelaki tua memasuki tren,
lelaki tua itu kelihatan seperti tidak berdaya. Pandanganku beralih ke arah
manusia-manusia yang menghuni kerusi yang berhampiran dengan lelaki tua itu,
semuanya sibuk dengan telefon masing-masing sehingga lelaki tua yang tidak
berdaya seperti itu tidak dihiraukan.
Aku
segera bangun dan merapati lelaki tua itu. “Pak cik, jemput duduk pak cik.”,
bicaraku mempelawanya duduk di tempat dudukku.
Lelaki
tua itu senyum dengan senyuman yang tak bergigi. “Terima kasih nak.”
Aku
senyum, “Sama-sama pak cik.”
Lelaki
tua itu pun duduk di tempat dudukku tadi dan aku pula berdiri sambil berpaut
pada tiang yang terdapat di dalam tren itu. Sambil itu, mindaku berfikir,
“Kenapalah ada teknologi ni? Aku rasa lebih baik tak de langsung je, sebab
teknologi la manusia lupa dan buta akan suruhan Tuhan, lupa akan suara dari
langit yang Tuhan sampaikan kepada Nabi Muhammad.”
Tidak
lama selepas itu, tren tiba di Stesen LRT Universiti. Farid bangun merapatiku
dan sebaik sahaja pintu terbuka, kami terus keluar.
“Amboi. Baiknya kau ni. Siap bagi
kerusi kat orang tua tadi.”, bicara Farid menganjing.
“Kau
buta ke? Kau tak tengok ke sticker yang
terlekat kat cermin tren tu. Nak aku ejakan untuk kau ke apa dia tulis kat
situ.”
Farid
terdiam.
“Haaa...
apasal kau diam? Dah tak de idea? Ni la, manusia yang buta sebab Android.”
“Aku
pulak?”
“Ye
lah, tadi aku nampak semua busy dengan
handphone masa orang tua tu masuk,
kesian aku tengok orang tua tu.”
Farid
terdiam sekali lagi. Aku juga begitu, sekali lagi kepalaku ligat mendendangkan
lagu Silaturahim nyanyian BPR.
Ramai manusia di sisi
Sombong dan tidak
Bertegur sapa
Bagaimana harus aku buktikan
Silaturrahim suruhan tuhan
Sombong dan tidak
Bertegur sapa
Bagaimana harus aku buktikan
Silaturrahim suruhan tuhan
Lagu
itu aku dendangkan di sepanjang jalan menuju ke Kampus Universiti Malaya.
Sampai
di pintu pagar, Farid cuba membuka bicara, “Bro, kau marah aku ke?”
Aku
menoleh, “Tak de la.”
“Dah
tu yang kau marah-marah tadi tu kenapa?”
“Aku
bengang sikit je tengok perangai manusia sekarang. Leka dengan teknologi.”
“Ehem.
Macam menyindir aku je ayat kau tu.”
“Eh,
apa pulak. Aku cakap secara umum okay,
kalau kau terasa tu apa boleh buat.”
“Ummmm...”
“Siapa
makan cili dia rasa pedas, siapa makan asam dia rasa masam, siapa makan garam,
dia rasalah masin.”
“Erkkk...
sorry eh Nazmi.”, ucap Farid seraya
memujuk.
“Ye
la.”
“Aik,
macam tak ikhlas je bunyi.”
“Eh,
sorry sikit eh, aku ni bukan jenis
orang yang lupa suara dari langit okay.
Tak de nye pasal benda-benda kecik macam ni aku nak putuskan silaturahim.”
Farid
senyum. “Alhamdulillah.”
“Eh?”
“Apa?”
“Cuba
ulang balik apa kau cakap tadi?”
“Alhamdulillah.
Kenapa?”
“Tak
de, saje.”
“Perli
aku la tu.”
“Mana
ada.”
“Hummm...
yela. Kau ni, sesekali kita pun perlu juga menyampaikan suara ke langit.”
“Wah,
ada perubahan!.”
Farid
ketawa, “Ni semua sebab kau juga bro. Kau yang banyak azankan aku dengan
suara-suara dari langit tu.”
“Eh,
aku just menyampaikanlah.”
“Ye.”
Kami
terus berjalan balik menuju ke kolej kediaman kami yang bernombor 10; Kolej Tun
Ahmad Zaidi.
*****
Dua Bulan Kemudian
“Bro
aku rasa nak beli handset baru lah.
Nak beli smartphone.”, bicaraku
kepada Farid.
“Aik,
kau pun dah terkena hegemoni Anroid jugak? tak takut ke Android membutakan mata
kau?”, respon Farid kepadaku.
“Cis.
Perli nampak. Aku bukan apa Farid. Smartphone
sekarang ni dah jadi keperluan kau tahu tak. Lecturer kita, Dr. Lee pun cakap macam tu tau.”
“Haaaa...
kan. Benda ni memang dah jadi keperluan dah sekarang.”
“Ye,
tapi it’s depend on us, depend dengan cara kita guna jugak.
Kalau salah guna, tu yang sampai jadi buta kerana Android tu.”
“Amboi,
macam aku pulak yang terasa!”
“Eh,
terasa ke?”, kataku sambil ketawa.
“Ye
la tu Nazmi.”
“Jom
teman aku pergi Digital Mall petang ni. Aku nak beli petang ni jugak.”
“Amboi,
tak sabar-sabar nampak.”
“Aku
excited ni.”.
*****
“Berapa
bang?” tanyaku kepada pemandu teksi yang membawa kami ke Gua Batu Moden yang
bernama Digital Mall.
“Enam
ringgit lapan puluh sen dik.”, jawab pemandu teksi sambil jari telunjuknya
menunjuk ke arah meter.
Aku
pun menghulurkan wang kertas sepuluh ringgit kepada pemandu teksi itu sambil
berkata, “Kira tujuh ringgit je lah bang.”
“Okay dik.”, pemandu teksi itu
kemudiannya mengembalikan baki kepadaku.
“Terima
kasih bang.” ujarku serentak bersama Farid. Turun sahaja dari teksi itu, aku
dan Farid terus masuk ke dalam Digital Mall. Kami meninjau ke seluruh pelosok
Gua Batu Moden yang menempatkan pelbagai alat elektronik itu. Aku sedkit
rambang mata dibuatnya, Farid pula seperti mahu menukarkan atau dalam bahasa
antarabangsanya trade-in telefon
pintarnya. Akan tetapi dia membatalkan niatnya setelah disabar dan
dinasihatiku.
Akirnya
setelah tawaf di seluruh pelosok Gua Batu Moden bernama Digital Mall itu,
hatiku terpikat dengan Sony Xperia. Aku memberitahu Farid.
“Bajet
kau berapa?” tanya Farid kepadaku.
“Seribu.”
“Cantik
sangatlah tu. Kau nak phone apa?”
“Aku
macam minat Xperia.”
“Okay, jom kita pergi tanya kedai Sony.”
Aku
terus membontotinya, segala hal aku serahkan kepada Farid kerana lebih mahir
dan arif tentang telefon pintar ni. Jadinya setelah berunding dan berbincang
dengan si penjual telefon di situ, akhirnya telefon Sony Xperia L menjadi
milikku.
Biarpun
telefonku itu tidaklah sepintar Samsung Galaxy Note 2 milik Farid, tapi aku
bersyukur kerana keperluanku itu telah tertunai. Disamping itu aku berkata
sepi, “Aku harap aku tak akan buta kerana peranti Android ini.”
*****
P/S: Biar buta android, jangan
android membutakan kita.