Istilah sintaksis dikatakan berasal
daripada kata dalam bahasa Yunani, iaitu 'sun' yang bererti 'dengan' dan
'tattein' yang bererti 'menempatkan bersama-sama'. Dengan ini, secara
etimologi, sintaksis dapat kita terangkan sebagai 'menempatkan kata-kata secara
bersama-sama untuk menjadi kelompok kata atau ayat'. Istilah 'suntattien' ini
seterusnya diserap ke dalam bahasa Belanda menjadi 'syntaxis' dan dalam bahasa
Inggeris sebagai 'syntax' (Ahmad Khair Mohd Nor, 2003:2).
Dalam
bahasa Melayu pula, istilah ini disebut sebagai 'sintaksis'. Sintaksis secara
literalnya bermaksud pengetahuan tentang susun kata dalam ayat (2010:1502).
Secara konseptualnya pula, Nik Safiah Karim et
al (1993:317) dalam Ahmad Khair Mohd Nor (2003:2) menerangkan sintaksis
sebagai satu bidang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk, struktur dan binaan ayat.
Abdullah
Hassan et al (2006) pula menerangkan
sintaksis sebagai satu cabang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk, struktur, dan
binaan ayat. Bidang kajian sintaksis juga merangkumi hukum-hukum yang
menentukan bagaimana perkataan disusun dalam ayat. Unsur-unsur yang dikaji
dalam bidang sintaksis adalah ayat, klausa dan frasa.
Siti
Hajar Abdul Aziz (2008:164) pula menerangkan sintaksis sebagai bidang kajian
yang mengkaji tatacara binaan dan cara frasa, klausa, dan ayat dibentuk.
Sintaksis juga mengkaji tentang hukum atau rumus tatabahasa yang mendasari
kaedah penggabungan dan penyusunan perkataan dan kelompok perkataan untuk
membentuk ayat dalam sesuatu bahasa.
Berdasarkan
ketiga-tiga pendapat ini, kita mendapati bahawa kebanyakkan ahli bahasa
menghuraikan sintaksis dengan definisi yang hampir sama, iaitu sebagai satu
daripada cabang bidang bahasa yang mengkaji bentuk, struktur atau susunan ayat
dan binaan ayat. Oleh yang demikian, sintaksis secara ringkasnya, dapatlah kita
fahami sebagai bidang kajian bahasa yang meneliti ayat dalam sesebuah bahasa.
No comments:
Post a Comment