Windows 8 9.0 Skinpack

Assalamualaikum...

Okey , kali ini saya nak berkongsi satu lagi koleksi Skin Pack kepada anda semua. Skin Pack yang saya nak kongkan ini adalah Windows 8 9.0 . Skin Pack ini boleh dimuat turun di laman pautan di bawah.


klik imej untuk muat turun.

Baiklah, setelah berada di laman http://www.downloadcrew.com/article/26404-Windows_8_skin_pack_32 , klik pula pada ikon DOWNLOAD pada laman tersebut.





Seterusnya, tunggu sehingga proses muat turun selesai.




Double - clicked pada fail yang telah dimuat turun tadi dan akan muncul antarmuka seperti di bawah :



Seterusnya, klik NEXT dan tunggu proses memuat turun semula fail yang terdapat dalam fail utama seperti di bawah :





Setelah selesai akan muncul pula, Installation Wizard dan klik next.



 Pada peringkat ini, setelah anda klik next, tungga sehingga selesai proses installation. Seterusnya restrart komputer anda.

Tu je,,, thanks^^

Terima Kasih : Sebuah Dedikasi Buatmu


Terima kasih,
Kerana kau pernah hadir dalam hidupku,
Terima kasih,
Kerana kau pernah mengucapkan kata sayang untukku,
Terima kasih,
Kerana kau pernah menghadirkan rasa rindu dalam hatiku,
Terima kasih,
Kerana kau pernah meminjamkan aku sedikit rasa biarpun seketika,
Terima kasih,
Kerana kau pernah membuatku menitiskan air mata

Terima kasih,
satu apresiasi buat dirimu,
aku bersyukur kerana telah dipertemukan denganmu,
aku bersyukur kerana pernah berada dekat denganmu
Dan aku bersyukur kerana pernah mencintai dirimu

Terima kasih,
Hanya itu yang mampu kuberi,
Kerana aku tak terdaya lagi,
Kerana aku tak mampu lagi,
Untuk memberi curahan kasih untukmu,
Kerana kini aku sedar,
Aku tidak layak untukmu,
Aku tidak punya ciri kemahuanmu,
Aku bukanlah insan yang dalam carianmu,
Siapalah aku untuk dilayan sebagai putera,
Siapalah aku untuk bertakhta di istana hatimu,
Siapalah aku untuk bersemayam di singgahsana bersamamu,

Aku sedar semua itu...
Tapi aku tidak lupa untuk berterima kasih padamu,
Kerana kau pernah mewarnai hidupku,

Ingatlah aku untuk selamanya,
Kerana aku mencintaimu sepenuh hatiku,
Meskipun kau bukan untukku,
Aku bahagia asalkan kau bahagia,
Terima kasih wahai dewi sukma...

Nilai Baucer Buku RM 200

Assalamualaikum...

Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dikurniakan rezeki semurah ini.  Tidak sekadar dengan elaun yang diterima setiap bulan, tapi ditambah lagi dengan Baucer buku bernilai RM 200. Terima kasih juga buat kerajaan Malaysia, *Bukan Kerajaan BN ye.. kerana telah bermurah hati memberikan baucer buku kepada pelajar IPG. Ini baru adil buat semua penuntut, kata baucer buku 1 Malaysia kan!!!

Baiklah, baucer anda semua anda beli apa???

Saya beli yang ni, sebab saya tak tahu nak beli buku apa, biasalah, barang free , memang tak tahu nak guna macam mana, tapi nanti bila dah tak ada baucer, macam - macam pula benda  nak beli.... haiiisssshhhhhh.... Tapi saya sangat bersyukur dengan pemberian ini. Orang bagi ambil, orang tak bagi, kita pun tak minta... Anggap saja itu rezeki Allah. Semoga dengannya kita dapat menambah ilmu. Allahurabbi...

Ni ha buku - buku dan barang - barang yang saya beli guna baucer...









Dan yang Paling penting adalah ILMU ALLAH , kerana itu akan menentukan kemana haluan kita nanti...




tu je..tak ada benda nak tulis sebenarnya, saja nak penuhkan masa lapang... Assalamualaikum ^^ 

70 Windows Shortcut

Assalamualaikum, huh... lama rasanya saya tak berkongsi tentang komputer, maklumlah sebagai seorang penuntut memang agak sibuk bila nak semester baru. Banyak assignment nak kena buat, tapi sekarang dah selesai. jadi bolehlah saya bergiat untuk menulis semula. Baiklah, kali ni saya nak berkongsi tentang shortcut yang ada pada komputer anda khususnya komputer yang menggunakan OS Windows 7.



Jom kita mulakan perkongsian kita. Berikut merupakan  senarai shortcut yang terdapat dalam sistem Windows 7 :

  1. Kunci Komputer : Windows + L
  2. Bina Folder Baru : Ctrl + Shift + N
  3. Send to : Shift + right click
  4. Aplikasi di taskbar : Win + T
  5. Bantuan ( help ) : F1
  6. Salin ( copy ) : Ctrl + C
  7. Tampal ( paste ) : Ctrl + V
  8. Potong ( cut ) : Ctrl + X
  9. Undo : Ctrl + Z
  10. Bold : Ctrl + B
  11. Underline : Ctrl + U
  12. Italic : Ctrl + I
  13. Font : Ctrl + D
  14. Select All : Ctrl + A
  15. Go to : Ctrl + G
  16. Closed program : Alt + F4
  17. Delete : Shift + Delete
  18. Refresh : F5
  19. Run : Windows + R
  20. Kecilkan windows serentak : Windows + M
  21. Rename : F2
  22. Tukar program yang sudah dibuka : Alt + Tab
  23. Aktifkan Bar dalam program yang aktif : F10
  24. Menu pintasan untuk item terpilih : Shift + F10
  25. Start Menu : Ctrl + Esc
  26. Windows Task Manager : Ctrl + Shift + Esc
  27. Buka senarai kotak ke bawah : Alt + ( down arrow )
  28. Tukar item yang dibuka : Alt + Tab
  29. Menu sistem utama Windows : Alt + Space
  30. Alih Windows : Alt + f6
  31. Tukar Multiple Document Interface ( MDI ) : Ctrl + Tab
  32. New tab pada Internet Explorer : Ctrl + N
  33. Closed tab pada Internet Explorer : Ctrl + W
  34. My Computer : Windows + E
  35. Carian : Windows + F
  36. Kitaran Taskbar button : Windows + Tab
  37. Aktif / Kecilkan Windows : Windows + D
  38. Contrast : Shift + Alt + Print Screen
  39. Mousekeys : Shift + Alt + Num Lock
  40. Stickey Keys : Tekan Shift 5 kali
  41. Mian Folder : Backspace
  42. Log off : Windows + L
  43. Print Manager : Windows + P
  44. Control Panel : Windows + C
  45. Clipboard : Windows + V
  46. Keyboard Setting : Windows + K
  47. Caps Lock : Windows + S
  48. Accessibility : Windows + A
  49. Mouse Setting : Windows + I
  50. Pintasan IntelliType : Windows + Space
  51. Favorites Box : Ctrl + B
  52. Search Box : Ctrl + E
  53. Carian Utility : Ctrl + F
  54. History : Ctrl + H
  55. Favorites Bar : Ctrl + I
  56. Dialog Box : Ctrl + L / Ctrl + O
  57. Tetingkap pelayar baru : Ctrl + N
  58. Print Dialog : Ctrl + P
  59. Update : Ctrl + R
  60. Closed Windows : Ctrl + W
  61. Open file : Ctrl + O
  62. New Windows : Ctrl + N
  63. Save : Ctrl + S
  64. Tambah / Buang item konsol : Ctrl + M
  65. Menu View : Alt + V
  66. Menu File : Alt + F
  67. Menu Favorites : Alt + O
  68. Menu Action : Alt + A
  69. Update kandungan tetingkap MMC : F5
  70. Open task manager : Ctrl + Alt + Del
Itulah dia 70 shortcut yang terdapat dalam Windows. Semoga ia memberi manfaat kepada anda. Thanks For Reading.  Assalamualaikum... ^^
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...