Windows 7 Boot Updater

Assalamualaikum...

Baiklah, tanpa berkias lagi, saya ingin berkongsi kepada anda satu perisian untuk menjadikan komputer Windows 7 anda lebih menarik dan lain dari yang lain. Perisian yang saya maksudkan adalah Windows 7 Boot Updater . Perisian ini membolehkan anda memilih sendiri boot image yang anda kehendaki sendiri untuk komputer anda. Sebagai contoh, saya telah mengubah atau customize boot image komputer saya kepada Mac OS.


inilah boot image komputer saya yang telah diubah.

Sedikit penerangan mengenai boot image . Boot image adalah antarmuka yang mula - mula sekali terpapar sebaik sahaja anda menghidupkan komputer anda. 

Baiklah, mari kita menjurus kepada cara penggunaan perisian ini. Pertama nya anda perlulah memuat turun perisian ini. Klik pada pautan di bawah untuk muat turun. 

http://www.4shared.com/file/1aWCmxbJ/Win7BootUpdater.html

Setelah selesai memuat turun fail tersebut, buka fail seperti biasa dan akan muncul antarmuka seperti dibawah : 


Setelah membuka perisian ini, anda bebas memilih apakah boot image yang anda kehendaki. Namun demikian, ada dua pilihan untuk kita memilih fail untuk dijadikan boot image ini. Pertama adalah static image dan kemudiannya animation . Anda boleh memilih option ini dengan klik pada Animation pada perisian tersebut. Di situlah anda boleh memilih boot image yang anda kehendaki.





Setelah itu, bolehlah anda memilih boot image mengikut kehendak anda. Jika anda menggunakan static image , anda perlulah menggunakan gambar yang berformat PNG. Hal ini kerana, kebiasaannya PNG image mempunyai backgroud yang transparent. Jadi, background ini takkan menjejaskan rupa boot image anda.
boot image yang tidak cantik, dek kerana background image yang digunakan tidak transparent.

Seterusnya, untuk option yang kedua iaitu animation . Tidak dinafikan, penggunaan animation ini menjanjikan hasil yang lebih cantik dan kemas. Namun demikian, penghasilannya agak sedikit rumit kerana anda perlu memuat turun terlebih dahulu fail animation tersebut. Disini saya ingin berkongsikan kepada anda beberapa koleksi boot image untuk Windows 7 bermula dari yang klasik hinggalah yang terbaharu. Antaranya adalah : 


Baiklah, setelah anda memuat turun boot image animation ini, anda perlulah extract fail tersebut kerana ia dalam format RAR. Setelah di extract, jadi bolehlah anda memilih image tersebut melalui option animation yang terdapat pada perisian tersebut dan lihatlah hasilnya. 

Baiklah, sekian perkongsian dari saya, selamat mencuba. *_^

No comments:

Post a Comment