MAAF ZAHIR BATIN


PADA KESEMPATAN INI SAYA INGIN MEMOHON MAAF TERUTAMANYA KEPADA KEDUA IBUBAPA SAYA YANG BERADA NUN JAUH DISANA, MAAFKAN ANAKMU YANG TAK DAPAT PULANG KE SANA UNTUK BERAYA BERSAMA.SETERUSNYA, KATA MAAF INI JUGA SAYA NUKILKAN BUAT PENSYARAH-PENSYARAH,GURU-GURU,KAUM KELUARGA,SAHABAT-SAHABAT SERTA KEPADA SEMUA YANG MENGENALI DIRI INI.TERIMALAH UCAPAN SAYA SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MINAL AIDIL WALFA'ZIN.  

TADARUS RAMADHAN IPGKBM 2011







ALHAMDULILLAH tanggal 7 0gos 2011 kumpulan tadarus ramadhan IPGKBM telah pun menghabiskan bacaan 30 juzuk Al-quran dan majlis khattamal Al-quran telah berlangsung selepas solat terawih pada malam 7 ogos 2011.Justeru kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua peserta tadarus atas kegigihan menghabiskan bacaan sesuai dengan sirah nabi yang menyuruh kita mengadakan tadarus seperti yang dilakukan oleh baginda dengan jibril.Seterusnya terima kasih kepada semua penaja kumpulan ini atas sumbangan dan tajaan dalam melaksanakan agenda mulia ini.Semoga jasa baik sekalian dibalas Allah.Alhamdulillah,semoga usaha murni ini dapat diteruskan pada masa yang akan datang dan tidak hanya terhad dalam bulan ramadhan sahaja.Insyaallah...

PERASAN KE PERASAAN ??

Dalam menghadapi hari-hari suram setelah ditimpa bencana percintaan,aku pula didatangi sekalung dilema yang membelenggu diri.Hal ini lantas membuatkan aku menjadi tidak menentu.Kadang-kadang aku tersenyum sendiri,kadang-kadang aku tertawa keseorangan,kadang-kadang aku bernyanyi-nyanyi,kadang-kadang aku gembira,kadang-kadang aku resah,kadang-kadang aku termenung. " ALAMAK !!! " mengapa terjadi begini,apa harusku lakukan.Fenomena ini mulai menghatui diriku semenjak aku mengenali seorang insan yang memberi sedikit sinaran terhadap hari-hari suramku kebelakangan ini.Dialah penghibur,dialah penawar...namun,aku tidak pasti,samada aku hanya perasan ataupun aku menyimpan perasaan terhadapnya.Inilah delima yang kian membuku di anjung pemikiranku kini.Setiap hari aku memikirkannya,aku mencari kepastian terhadap semua ini,namun aku tidak mampu dalam menghadapi dugaan ini.Aku hanya mampu memohon kepada ALLAH,berikanlah aku petunjuk...aku keliru!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...