VOKMAT VICTORY SPM 2010

Tanggal 23/3/2011 tarikh pengumumam keputusan SPM 2010,Sekolah Menengah Vokasional Matang(VOKMAT) telah mencatat rekod baru pada tahun ini atas kejayaaan pelajar-pelajar mencapai keputusan yang cemerlang.Kejayaan ini diserikan lagi apabila VOKMAT menduduki tempat pertama sekolah-sekolah Teknik Vokasional di Sarawak pada tahun ini.Dengan Gred Purata Sekolah 4.03 bagi aliran vokasional dan 4.17 dicampur dengan aliran kemahiran(SKM) membuktikan bahawa sekolah teknik vokasional bukanlah tempat buangan pelajar-pelajar bermasalah dari sekolah biasa,hal ini sekali gus menutup mulut orang terhadap prasangka buruk terhadap sekolah teknik vokasional.Kejayaan VOKMAT ini dibuktikan dengan kejayaan pelajar seperti berikut:
- 1 org mendapat 9A
- 3 org mendapat 8A
- 9 org mendapat 7A
- 19 org mendapat 6A
- 16 org mendapat 5A
- 24 org mendapat 4A
- 27 org mendapat 3A
Lantaran kejayaan ini,PIBG VOKMAT telah membelanjakan wang sebanyak RM 15850 untuk diberikan sebagai wang insentif kepada pelajar atas pencapaian yang membanggakan ini.Wang insentif ini adalah sebagai tanda penghargaan kepada pelajar atas sumbangan mengharumkan nama VOKMAT dalam SPM 2010.Pemberian insentif ini akan diadakan pada 30/4/2011 kelak.Dalam pada itu,VOKMAT juga telah berjaya mencapai visinya iaitu "VOKMAT GEMILANG 2010" sekali gus mengatasi kejayaan cemerlang pada tahun 2008.Akhir kata,semoga VOKMAT akan terus Cemerlang,Gemilang dan Terbilang pada masa akan datang.Terima kasih yang tak terhingga diucapkan kepada Puan Pengetua Tersayang Puan Faridah Abdullah atas inisiatif yang diambil sepanjang latih tubi pelajar dalam menghadapi SPM 2010.Begitu juga kepada guru-guru VOKMAT kerana telah mengembeleng tenaga dalam melahirkan pelajar yang cemerlang serta prestasi yang cemerlang pada tahun ini.Sekian..2009/2010 the best...

Hikayat Cinta Vokmat

          Hatta satu kisah yang berbunyi, seorang Adiwira mencari Tun Tejanya. Pada suatu hari, Amri menghadiri satu kelas keagamaan. Dengan niat yang tulus dan suci ingin menimba ilmu dari cendiakawan yang bergelar Ustazah, Amri begitu taksub terhadapnya. Suasana begitu indah, angin sungguh membuai membelah di sudut jendela surau yang cantik dan suci itu. Keadaan ini membuatkan Amri sungguh taksub dalam mendengar apa yang disampaikan gurunya. Dia sangat menghargai ilmu yang diturunkan gurunya. Segala apa yang bermanfaat pasti diambilnya tanpa wujud perasaan malas di hati. Dalam keasyikan, matanya kaku tersekat, pandangannya beralih kepada seorang gadis. Rupanya begitu jelita hingga Amri terpegun, hatinya mulai jatuh dan bermulalah cinta pandang pertama di hatinya. Perasaan mula bercampur baur, dia mula bertanya-tanya, siapakah gadis yang begitu indah itu. Adakah bidadari dari syurga, ataukah mungkin Puteri Zulaikha mahupun Rabiatul Adawiyah. Aduh!! Amri menjadi gundah, perasaan ingin tahu menghantui di kalbu. Dia cuba untuk membohongi perasaannya itu, namun semakin menebal di sudut hatinya. Amri terlamun seketika, timbul di fikirannya untuk menghampiri gadis itu, dia berhajat untuk menghampiri gadis itu, dia berhajat untuk menemui gadis itu selepas tamatnya kelas nanti. Dia pun meneruskan pelajarannya semula.
          Jam tepat menunjukkan waktu adalah 9.30 malam, maka kelas tamatlah sudah. “Terima kasih Ustazah” ungkapan sekelas selepas tamatnya kelas. Semua beredar keluar dari surau. Amri bergegas keluar. Dia ingin menunaikan kemahuannya untuk bersemuka dengan gadis itu. Namun demekian, hajatnya tidak kesampaian, ada pula aral melintang dikala ingin memenuhi kehendak hatinya. Amri begitu hampa, dia berazam pula untuk menemui gadis itu. Dia tidak mampuuntuk menampung beban cinta yang yang memenuhi di hatinya. Pada malam itu, Amri gagal untuk melelapkan mata, fikirannya asyik terbayangkan peristiwa di surau tadi. Dia begitu tertanya-tanya akan siapakah gadis yang sungguh rupawan itu. Dalam keasyikan itu, Amri pun terlelap dikala subuh hampir menjelang. Azan subuh pun berkumandang pada malam itu, Amri hanya mampu untuk beradu seketika sahaja akibat buaian rasa cinta yang cukup indah.         Keesokan harinya,Amri memulakan rutin hariannya dengan berhias            diri dan seterusnya menunaikan kewajipannya sebagai seorang muslim. Amri berjalan keseorangan menuju ke surau. Sesudah itu, Amri pergi untuk bersarapan dan bersiap untuk ke sekolah. Setibanya Amri di sekolah pada pagi yang damai itu, dia mulalah heboh bertanya kepada teman-temannya akan gadis yang ditemuinya pada malam itu. Nasib menyebelahinya, teman karibnya Safiah adalah teman rapat kepada gadis itu. Hatinya sungguh gembira, semua persoalannya telah terjawab, dia telah mengetahui nama gadis itu. “Nia” nama yang begitu indah, sepadan dengan rupa paras gadis itu. Entah mengapa, perasaan Amri mula berbunga, hatinya mula berharap pada gadis itu.
          Amri mula menyuarakan hasratnya itu kepada Safiah, dia meminta Safiah untuk mendapatkan nombor telefon gadis yang bernama Nia yang cantik rupawan itu. Berkat pertolongan yang ikhlas dari sahabatnya itu, Amri berjaya mendapatkan apa yang dikehendakinya. Segala keinginan telah pun dipenuhi, hanya perlu baginya untuk berbicara terus kepada Nia. Namun demekian, perasaan malu masih menggunung di hatinya. Dia masih terbatas untuk menemui Nia. Hal ini lantaran Amri menjadi gugup apabila berhadapan dengan Nia. Untuk mencapai hasratnya itu, Amri mengutuskan satu warkah. Perasaan takut dan bimbang mulai menghantui difikirannya semula.Dia bimbang jika Nia enggan membalasnya. Namun begitu perasaan itu dia buang dari benak fikirannya. Dia tetap mengutuskan kepada Nia dan terus menanti jawapan dengan setia.
          Esoknya ,Amri pergi ke sekolah seperti biasa bersama pertanyaan bermain di fikiran. Dia berasa takut ,dia takut akan warkahnya tidak berbalas. Kehadiran Safiah mula membuat Amri tersenyum ,dan terus mendapatkan Safiah dan bertanya tentang persoalan yang bermain di mindanya. Nampaknya sinar datang semula dalam diri Amri. Pengharapannya mula berbalas, dia menerima sebuah buku dari Nia. Alangkah gembiranya Amri bila menerimanya, ini adalah petanda bahawa dia boleh mengenali Nia dengan lebih mendalam lagi. Dia berasa sungguh seronok. Mereka pun terus berbalas-balas warkah menggunakan buku tersebut.
          Setibanya hujung minggu ,Amri mula mencuba untuk menghubungi Nia. Perasaan Amri sungguh riang , dia sungguh gembira kerana Nia sudi melayani perasaannya. Timbullah pula rasa cinta dalam hati Amri. Amri cuba untuk mengungkapkannya , namun dia masih mempunyai rasa takut dalam diri. Amri bimbang sekiranya cintanya ditolak. Dia terus berhubung dengan Nia hingga ada kalanya mereka hanyut dibuai kata-kata manis masing-masing.
          Sekian lama sedemikian , timbul dalam fikirannya untuk mengungkap kata cinta yang terpendam terhadap Nia. Amri mengambil keputusan dan nekad  untuk menyatakannya. Pada suatu malam , Amri dengan beraninya telah menyatakan yang dia suka dan mencintai Nia melalui satu SMS , namun dia tidak mendapat jawapan yang memuaskan hatinya. Amri tetap tidak puas asa , dia terus mencuba untuk mendapatkan Nia. Tanpa rasa jemu , biarpun pelbagai alasan dan cabaran menghalang kehendaknya.
          Tiba-tiba , Amri dikejutkan dengan berita bahawa Nia telah menjalinkan cinta dengan rakannya sendiri. Alangkah hancurnya hati Amri apabila mengetahui bahawa Nia bersama Helmy.Hatinya bagai kaca jatuh berderai , airmata menitis ke bumi. Hidup bagaikan sudah tidak bererti. Kekecewaan menyelubungi di kalbu. Amri cuba untuk mendapatkan jawapan dan mencari pengubat kedukaan hatinya. Amri bersemuka dengan Nia , dia cuba meminta Nia untuk menjelaskan segalanya kepadanya. Amri menerima jawapan yang sungguh memeritkan. Dia telah menjauhkan diri dari Nia selama beberapa hari. Dia melawan rasa rindu yang membara dalam hati. Namun demikian , setelah seminggu berlalu , Amri tidak dapat menahan dirinya untuk menemui Nia. Amri mula mengutuskan surat kepada Nia , akhirnya Nia telah membalasnya. Berita gembira menyusul , Nia telah putus dengan Helmy. Amri sungguh gembira mendengarnya. Dia merasakan sinar dating semula dalam hidupnya. Segala kegelapan dalam hidupnya telah diterangi semula. Dia kembali mengecap nikmat cinta , biarpun cintanya itu tidak berbalas. Nia hanya memberinya harapan , Amri tanpa jemu mencuba dan dia berjanji untuk sentiasa menyayangi Nia sehingga akhir hayatnya. Amri tetap menanti dalam penantian yang belum pasti penghujungnya. Maka terukirlah nama Nia sebagai cinta hatinya.

Alhamdulillah

uhh...23 mac 2011...tepat 4 bulan dari tarikh spm 2010 dolok...result pun diumumkan...aha,ku macam beysa...seperti trial2 yg lpas..ambak aty nak tauk result..aha,ku ngga jam kt tgn ku..dh 10.30 pagi...ku pn berekot ngagak miss kong mwk amik slip ku,aha...ku tekejut,,ku oleh 6a2b(1a+,2a,3a-,1b+,1b)...biarpun ckit kecewa coz sejarah ku sgt menghampakan...p ku syuko wa lha...cerah wak peluang mwk masox IPG,,,takwg pn tauk nak..cita2 ku apa...jdi seorang pendidik...aha,arap ku capai cta2 ku...ehe..key lha...abis!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...