Terima Kasih : Sebuah Dedikasi Buatmu


Terima kasih,
Kerana kau pernah hadir dalam hidupku,
Terima kasih,
Kerana kau pernah mengucapkan kata sayang untukku,
Terima kasih,
Kerana kau pernah menghadirkan rasa rindu dalam hatiku,
Terima kasih,
Kerana kau pernah meminjamkan aku sedikit rasa biarpun seketika,
Terima kasih,
Kerana kau pernah membuatku menitiskan air mata

Terima kasih,
satu apresiasi buat dirimu,
aku bersyukur kerana telah dipertemukan denganmu,
aku bersyukur kerana pernah berada dekat denganmu
Dan aku bersyukur kerana pernah mencintai dirimu

Terima kasih,
Hanya itu yang mampu kuberi,
Kerana aku tak terdaya lagi,
Kerana aku tak mampu lagi,
Untuk memberi curahan kasih untukmu,
Kerana kini aku sedar,
Aku tidak layak untukmu,
Aku tidak punya ciri kemahuanmu,
Aku bukanlah insan yang dalam carianmu,
Siapalah aku untuk dilayan sebagai putera,
Siapalah aku untuk bertakhta di istana hatimu,
Siapalah aku untuk bersemayam di singgahsana bersamamu,

Aku sedar semua itu...
Tapi aku tidak lupa untuk berterima kasih padamu,
Kerana kau pernah mewarnai hidupku,

Ingatlah aku untuk selamanya,
Kerana aku mencintaimu sepenuh hatiku,
Meskipun kau bukan untukku,
Aku bahagia asalkan kau bahagia,
Terima kasih wahai dewi sukma...

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...